Kematian isteri keempat Jay iaitu Elissa dalam drama The Maid telah mengejutkan dan ia masih menjadi misteri.
Rata-rata penonton masih tidak berpuas hati mengapa Elissa iaitu watak yang dilakonkan oleh Mira Filzah ditamatakan pada episod pertama.
Bagi mengurangkan gusar penonton, drama bersiri original Gempak itu turut berkongsi video pengakuan bagi episod kedua.
Dalam video pengakuan tersebut, Jay dan kesemua ketiga-tiga isterinya iaitu Suhana, Nadia dan Fika telah membuat pengakuan tentang apa yang terjadi ketika malam Elissa dibunuh.
Paling mengejutkan, Jay yang dilakonkan oleh Norman Hakim itu mengaku sempat memikat seorang gadis yang baru dikenalinya di Instagram (IG). Tak cukup dengan 4 orang isteri, Jay cari yang lain?
Sementara isteri lain mengakui pada malam tersebut mereka tidak berpuas hati apabila Elissa sekali lagi dipilih untuk mengikuti percutian bersama suami mereka.
Malah Fika isteri ketiga mengesyaki yang Jay cuba menipu ketika dadu itu dibaling. Fika simpan dendam?
Namun adakah di antara mereka mengaku membunuh Elissa? Saksikan video pengakuan The Maid episode 2:
Jika anda terlepas menonton espisod sebelum ini, jangan bimbang kerana masih belum terlambat. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Hanya search The Maid di ruangan cari.
Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung ‘Bikers Kental’, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod.
The Maid menampilkan pelakon-pelakon seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nadya Shahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.
The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.
Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah.
Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand.
Syafiqah Jalal
Mon Jan 18 2021

.jpg?ext=.jpg)
5 Jam Disiasat SKMM, Aliff Syukri Trauma - "Niat Saya Untuk Menghiburkan Anda Saja"
su terbabit memberikan pengajaran kepada kerjaya seni dan bisnesnya.

Kes Jenayah Seksual Da’i Syed, Diteruskan Atau Ditarik Balik? Rupa-Rupanya...
Pengadu dalam kes itu telah ...

CANTIK TAK - EP5
Konsep apa saja yang sempat uols! Hahaha, ada ye konsep mekap macam tu? Tapi kalau dah ada anak kecil ni kan memang mencabar tau! Nak tahu sebab apa Elfira mengucap panjang bila Rayyan pegang gincu? Jom tonton sama-sama, memang terhibur gais. #SmileOutLoud #ColgateOpticWhiteO2 #CantikTak #RiaX #RamadanSLK #RayaSLK @colgate_malaysia

Eh Lovenya! Siti Nurhaliza 'Ambil Takhta’ Di New York Times Square!
Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu....

“Jangan Bertuhankan Duit” - Pernah Discam, Ini Pesan Farah Nabilah
Drama yang beri pengajaran.

Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah Anak Ketika Sambutan Hari Jadi Pertama
Wah comelnya anak Miera....

“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth
Macam mana bersalin dalam air?

Uqasha Senrose Terima Tawaran Berlakon Daring, Kamal Adli Tak Selesa.. - “Kita Bukan Hollywood”
Apa dah jadi ni?

"Saya Sihat..."- Dapatkan Rawatan, Yasin Masih Pertahankan Kanabis?
Alhamdulilah Yasin nampak sihat...

Ditawar Habuan Lumayan Jadi Duta Produk, Eizlan Yusof; "Saya Tak Boleh Ulas Lanjut..."
Eizlan Yusof enggan mengulas lanjut. Betul ker tak?