Seiring dengan peredaran masa, Samsung Malaysia telah melancarkan Galaxy S Series yang disertakan dengan innovasi terbaharu kecerdasan buatan (AI), dikenali sebagai Samsung Galaxy S24 Series.

Samsung Galaxy S24 Series merupakan kecerdasan buatan (AI) pertama untuk telefon pintar Galaxy pertama yang mampu memberi pengalaman menakjubkan untuk pengguna.

Model Galaxy S Series terbaharu, yang dikuasai oleh Galaxy AI, akan mempamerkan gaya baharu untuk mencipta, bermain serta memudahkan pengguna untuk menjalani kehidupan seharian.


1. Live Translate

Terjemahan Secara Langsung: Hilangkan jurang komunikasi antara bahasa yang berbeza dan selesaikan panggilan dengan lebih lancar. Terjemahan bahasa secara langsung menerusi panggilan. Tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga, terjemahan/komunikasi secara pantas dalam pelbagai bahasa.

2. Chat Assist

Terjemahan Perbualan: Menterjemahkan mesej secara langsung dalam pelbagai bahasa. Serta mampu membuatkan pengguna seolah-olah fasih dalam penggunaan bahasa tanpa aplikasi pihak ketiga.

Cara & Tatabahasa: Menyesuaikan penulisan mengikut situasi serta memudahkan penulisan profesional. AI juga membantu dalam menyediakan mesej mahupun e-mel dengan pantas.



3. Note Assist

Penjarakan & Penjajaran Secara Automatik: Membantu pengguna memperkemaskan tulisan ‘cakar ayam’ semasa dalam keadaan tergesa-gesa.

Format Automatik: Menstruktur semula nota dalam format yang lebih teratur supaya perkongsian dapat dilakukan dengan pantas. Nikmati pilihan berbeza untuk tujuan berbeza.

Pembetulan Ejaan: AI mengesyorkan ejaan, tarikh serta masa yang betul dalam nota

Ringkasan & Pengklasifikasi: Mengkategorikan nota berdasarkan muka depan (Cadangan AI)



4. Photo Assist

Isian Latar Belakang: Melaraskan sudut imej, menjana latar belakang untuk memenuhkan ruang kosong

Komposisi Semula Objek: Gerak, padam atau ubah saiz objek, kemudian memenuhkan ruang kosong pada latar belakang

Cadangan Suntingan: Mencadangkan kebolehan AI pada gambar tertentu. Contoh: Efek potret, Penghapusan pantulan, Pemadaman bayang-bayang, Pemadaman kesan ‘moire’, Efek latar belakang, Pemadam objek.

Kesan Pergerakan Perlahan (Slow-Mo) Secara Pantas: Memperlahankan momen-momen menarik secara lancar



5. Circle To Search with Google

Pengguna boleh terus membuat carian tentang sesuatu dengan melukis bulatan pada mana-mana perkara yang ingin dicari tanpa perlu menaip apa-apa. Ia juga menyediakan soalan susulan dan keputusan berkaitan konteks pencarian.



Pre-Order siri Samsung Galaxy S24 pada 18 Januari sehingga 6 Februari untuk berpeluang menikmati naik taraf storan berganda bernilai RM500, E-Voucher bernilai RM500, Trade-in mana-mana peranti bernilai sehingga RM650 serta promosi barangan seperti tablet (sehingga RM800), Samsung Care+ dan aksesori (diskaun sehingga 45%).

Maklumat lanjut tentang produk layari : https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24-ultra/buy/?cid=my_pd_display_gempak_f1h24_pre-order_EurekaPreOrderDirectBuy_static-image-banner_Gempak-ArticleLink-GalaxyS24Series-Broad-cold-1x1-01-17-2024_none-demo-only_lo&utm_source=gempak&utm_medium=display&utm_campaign=EurekaPreOrderDirectBuy&utm_term=Cold-none-demo-only-Gempak-ArticleLink-GalaxyS24Series-Broad-cold&utm_content=GalaxyS24Series-1x1 (bitly it)