Hancur harapan! Malaysia diumumkan bukan sebagai pemenang kategori Kostum Nasional di acara Miss Universe 2019, lapor Astro Awani.

Sebaliknya, kategori berkenaan adalah milik Filipina yang diwakili oleh Gazini Ganados dan bukannya Malaysia seperti yang diumumkan terdahulu.

BACA: Tergelincir Tak Apa! Ratu Malaysia Menang Kostum Nasional Terbaik Miss Universe 2019

Berita kesilapan pengumuman itu dikongsi di laman Twitter rasmi Miss Universe yang sekali gus mencetus perdebatan dalam kalangan penggemar acara itu dan netizen.

Dalam masa sama, video yang memaparkan sedutan wawancara dengan wakil Malaysia, Shweta Sekhon sebagai 'pemenang' kategori Kostum Nasional telah dipadam di laman Twitter itu.

Miss Universe 2019 telah berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Amerika Syarikat dan dikendalikan oleh Steve Harvey.

Ini bukan kesilapan pertama dilakukan dalam acara terbesar dunia itu, sebaliknya, pada 2015 Harvey pernah tersalah mengumumkan pemenang utama Miss Universe antara Ariadna Gutiérrez yang mewakili Colombia yang sepatutnya dimenangi oleh Pia Wurtzbach (Filipina).

Apa pun, Malaysia mengharapakan bahawa kemenangan tersebut akan kekal menjadi milik Shweta Sekhon.
Sumber: Astro Awani