gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kanak-Kanak Enam Tahun Dirogol Ketika Hadiri Majlis Perkahwinan
HIBURAN
Roziana Cindy Lancar Lagu 'Tinggalkan Luka'
GAYA HIDUP
Nadeera Zaini Dilantik Sebagai Duta Borneo Flora Festival @ Labuan 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
ANTARABANGSA

Pengeluaran Kereta Honda di Britain Terjejas

gempak
Erywan
15/12/2020
02:03 MYT
Sponsor Banner
Pengeluaran Kereta Honda di Britain Terjejas
Honda mula berdepan masalah di Britain disebabkan dua perkembangan semasa ialah pandemik Covid-19 dan Brexit.
Brexit bermaksud Britain mahu menarik keluar United Kingdom daripada Kesatuan Eropah dan Komuniti Tenaga Atom Eropah. Dua faktor itu menyebabkan sebahagian aktiviti pengeluaran model Honda Civic baharu akan dipindahkan ke Amerika Utara.
Cumanya, model generasi semasa dan model paling tertinggi masih dipasang di Britain termasuk Civic Type-R. Model hot-hatch ini dihasilkan di kilang Honda di pekan Swindon, Britain tetapi terpaksa dihentikan sementara beberapa masalah yang timbul.
Laporan Automotive News menyatakan, pengeluaran sudah dihentikan sekurang-kurangnya satu hari disebabkan kes Covid-19, musim percutian dan penantian keputusan Brexit. Selain itu, masalah memperoleh komponen dan peralatan untuk pemasangan kereta juga menyumbang kepada gangguan pengeluaran.
Khabarnya alat ganti dan komponen yang dihantar oleh Honda Asia berdepan masalah lambakan dan giliran kontena di pelabuhan di Felixstowe, Suffolk di Britain. Banyak syarikat United Kindom mahu mendapatkan stok simpanan lebih awal sebelum peralihan Brexit bermula (dijangka pada awal Januari 2021).
Selain itu, lambakan kontena dan masa menunggu lama di pelabuhan menyebabkan banyak kapal kontena lain tidak singgah di situ tetapi meneruskan perjalanan ke pelabuhan lain. Ini memburukkan lagi keadaan. Malah ada beberapa laporan Honda sedang mempertimbangkan untuk menghantar bekalan dan komponen melalui kiriman udara.
Di kilang Swindon, Honda menggunakan satu sistem pemasangan iaitu komponen dan alat ganti dipasang pada badan kereta di atas barisan pengeluaran. Jika satu komponen atau alat ganti didapati hilang, pengeluaran tidak boleh diteruskan mengikut jadual.
Topic Berkaitan
#honda
Must-Watch Video