Skip to main content

Hiburan

“Dulu Orang Selalu Jadikan Rupa Paras & Bentuk Badan Saya Sebagai Bahan Jenaka, Mereke Ejek Cara Saya Berpakaian…” – Nurin Afiqah

“Dulu Orang Selalu Jadikan Rupa Paras & Bentuk Badan Saya Sebagai Bahan Jenaka, Mereke Ejek Cara Saya Berpakaian…” – Nurin Afiqah

Sekilas

  • Nurin Afiqah pernah menjadi mangsa buli berkaitan penampilan fizikal sejak sekolah dan menjadikan pengalaman itu inspirasi untuk membangunkan jenama pakaian sukan sopan, NADA Identity.
  • Dia sering memakai jaket windbreaker untuk menyembunyikan bentuk badan dan mendapat sokongan kuat daripada bapanya yang memperkenalkan aktiviti kecergasan kepadanya.
  • Dengan modal permulaan RM1,000, Nurin kini berjaya membuka kedai fizikal pertama NADA di KL East Mall dan aktif dalam acara kecergasan sambil membantu wanita membina keyakinan diri.
Advertisement

Pernah menjadi mangsa buli dan ejekan mengenai penampilan fizikal sejak zaman persekolahan, pempengaruh dan usahawan Nurin Afiqah menjadikan pengalaman pahit tersebut sebagai inspirasi untuk membangunkan jenama pakaian sukan sopan (modest performance activewear), NADA Identity.

Menurut Nurin, pengalaman sering dipersendakan mengenai rupa paras, bentuk badan dan cara berpakaian menyebabkan dia hilang keyakinan diri sehingga lebih selesa menyendiri.

Advertisement

“Dulu, orang selalu jadikan rupa paras dan bentuk badan saya sebagai bahan jenaka. Bukan itu sahaja, mereka juga ejek cara saya berpakaian.

“Disebabkan semua itu, saya jadi sangat tidak yakin dengan diri sendiri. Pada waktu itu, saya rasa sangat sendirian dan tidak ada kawan yang benar-benar boleh dipercayai,” katanya.

Lebih menyedihkan, Nurin berkata pengalaman dibuli itu berlarutan sejak sekolah rendah sehingga ke universiti sehingga memberi kesan terhadap keyakinan dirinya.

Advertisement

“Buli macam itulah yang buatkan saya banyak menyendiri dari sekolah rendah, menengah sampailah ke universiti.

“Orang selalu fitnah dan buat cerita bukan-bukan tentang saya,” ujarnya.

Akibat pengalaman tersebut, Nurin mengakui dia sering mengenakan jaket ‘windbreaker’ ayahnya bagi menyembunyikan bentuk badan kerana mahu berasa lebih selesa dan terlindung daripada pandangan orang lain.

“Sebab itulah saya selalu pakai jaket ‘windbreaker’ ayah saya pada awalnya. Jaket itulah yang menutup bentuk badan saya supaya saya rasa selamat dan orang tidak bercakap buruk mengenai saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Nurin bersyukur kerana bapanya juga menjadi sumber kekuatan ketika berdepan pengalaman tersebut selain memperkenalkannya kepada aktiviti kecergasan.

Katanya, dia banyak menghabiskan masa bersama bapa di gimnasium dan melakukan aktiviti larian hampir setiap petang.

“Saya beruntung sebab ada ayah saya. Saya luangkan banyak masa dengan ayah di gimnasium.

“Ayah memang seorang yang ‘gila gim’. Dia suka bersenam dan hampir setiap petang kami akan pergi berlari bersama-sama,” katanya.

Tambah Nurin, meskipun pengalaman dibuli memberi kesan terhadap keyakinan dirinya, dia memilih untuk menjadikan perkara negatif sebagai dorongan membina kehidupan lebih baik.

“Saya jenis yang suka tukar perkara buruk menjadi sesuatu yang baik,” katanya.

Nurin berkongsi perkara tersebut bersempena majlis pembukaan kedai fizikal pertama NADA seluas 1,044 kaki persegi di KL East Mall, Kuala Lumpur.

Bermula dengan modal RM1,000 ketika bergiat sebagai pengajar Zumba, Nurin kini berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga membuka kedai fizikal pertama NADA di pusat beli belah berkenaan.

“Saya bermula dengan RM1,000 dan ketika itu saya sendiri tidak tahu sejauh mana perjalanan ini akan membawa saya.

“Tetapi saya percaya, kalau kita tidak berani bermula, kita tidak akan pernah tahu apa yang kita mampu capai,” katanya.

Selain mengembangkan perniagaan, Nurin turut aktif menyertai acara kecergasan termasuk cabaran HYROX Bangkok baru-baru ini bersama lima pasukan yang dibawa oleh jenamanya.

Baginya, NADA bukan sekadar perniagaan pakaian sukan, sebaliknya platform untuk membantu wanita membina keyakinan diri dan berani menjalani gaya hidup aktif tanpa terlalu memikirkan pandangan orang lain.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

(SELUAR KERJA 28-48 ) 6 POKET KAIN COTTON cargo long pants 6 pockets seluar cargo lelaki

(SELUAR KERJA 28-48 ) 6 POKET KAIN COTTON cargo long pants 6 pockets seluar cargo lelaki

2 in 1 Set Korean Design Pyjamas Women Long Sleeve Silk Sleepwear Pajamas Baju Tidur Perempuan Wanita Pakaian Malam

2 in 1 Set Korean Design Pyjamas Women Long Sleeve Silk Sleepwear Pajamas Baju Tidur Perempuan Wanita Pakaian Malam

GU Energy Gel 32g (Assorted Flavours) Tasty, Portable Energy for Athletes Running Hiking Cycling

GU Energy Gel 32g (Assorted Flavours) Tasty, Portable Energy for Athletes Running Hiking Cycling

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

🇲🇾Men’s jeans jacket sesuai lelaki meaterial denim /Big size Men’s Denim Jeket🤝🔥⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Must Watch Video

Advertisement