Gaya Hidup

Penggambilan Steroid Menyebabkan Kemandulan - Kevin Zahri

gempak
Ahmad Shah
21/09/2016
06:45 MYT
Sponsor Banner
Penggambilan Steroid Menyebabkan Kemandulan - Kevin Zahri
Perunding kesihatan, pemakanan dan kecergasan, Kevin Zahri menasihatkan individu yang mahu membina otot dengan penggambilan steroid supaya berfikir panjang sebelum menggunakannya.
Kevin, 38, berkata, penggunaan steroid bukan merupakan jalan terbaik dalam mendapatkan badan yang cantik kerana ia akan memberi kesan yang teruk kepada seseorang individu itu dalam masa yang panjang.
"Ia memang merupakan jalan ringkas untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dengan penggambilan steroid tetapi perlu diingatkan ia akan memberi kesan yang teruk kepada badan untuk masa panjang.
"Jangan fokus kepada jangka masa yang pendek sahaja tetapi cuba untuk fokus kepada jangka masa yang panjang untuk mendapatkan badan yang cantik tanpa menggunakan steroid,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kesan yang akan dihadapi oleh penggunaan steroid Kevin berkata individu terbabit akan menghadapi kemandulan, rambut gugur dan kanser.
"Sekarang mereka masih muda dan tidak berfikir panjang mengenai kesan buruk yang bakal dihadapi kerana mereka cuma ingin cepat untuk mendapatkan badan yang cantik.
"Ambil masa untuk membuat badan kerana ia tidak berbaloi dengan risiko yang bakal dihadapi dalam masa panjang nanti," jelasnya lagi.
Kevin berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari di Party Room, District 21, IoI City Mall, Putrajaya.
Saksikan Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari pada setiap hari Jumaat mulai 7 Oktober depan, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak dalam Astro Mustika HD (134).
Seramai 12 peserta yang bakal diuji ketahanan fizikal dan mental mereka untuk merebut wang tunai berjumlah RM 30 ribu ringgit Malaysia.
Setiap minggu selama 60 Hari mereka akan merintangi cabaran-cabaran demi mencapai maklamat mereka untuk memenangi program Astro Bella Jom Kurus Musim kedua.
Program Astro Bella Jom Kurus ini bakal dikendalikan pakar kecergasan dan kesihatan terkenal tanah air iaitu Kevin Zahri sekali lagi memegang tanggungjawab sebagai pengacara dan bakal digandingkan bersama Jihan Muse sebagai pengacara bersama.
Selain Kevin Zahri, program ini turut diserikan dengan kehadiran tiga orang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan kecergasan iaitu Nana Al Haleq, Coach Shahril dan Coach Faiz.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live