Laman Utama
Penghidap Kanser Payudara Diraba Majikan Warga Emas Bergelar ‘Ayahanda’
Seorang penghidap barah payu dara mendakwa bahawa dirinya telah menjadi mangsa gangguan seksual oleh individu bergelar ‘ayahanda’ di Selangor.
Menurut wanita itu, lelaki berusia lingkungan 70-an tersebut sering bercakap tentang perkara lucah namun hanya dianggap sebagai ‘gurauan orang tua’.
Bagaimanapun, hal berkenaan menjadi serius apabila dia telah diraba di bahagian dada pada Mei lalu.
“Sejak tahun lalu saya mula bekerja semula dengan lelaki itu sebagai setiausaha di sebuah persatuan Islam dan dia sebagai pengerusi. Saya mulanya berasakan lelaki itu tidak berani buat perkara bukan-bukan atas nama persatuan.
“Dia cuba pegang tangan, dagu dan bahagian belakang namun saya sering menjauhkan diri dan mengelak daripada berada berdua di pejabat.
“Namun sekitar Mei, lelaki itu lebih agresif dan bertindak meraba buah dada saya daripada belakang ketika berada di pejabat,” katanya.
Susulan kes berikut, wanita itu telah pun membuat laporan polis setelah mendapat sokongan rakan dan ahli persatuan walaupun pada awalnya dia berasa takut.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video