Laman Utama

“Penghijrahan Bukanlah…”- PU Rahmat Selami Situasi Nonny Nadirah

gempak
Syafiqah Jalal
02/04/2021
07:20 MYT
Sponsor Banner
“Penghijrahan Bukanlah…”- PU Rahmat Selami Situasi Nonny Nadirah
Pencetus Ummah (PU) Rahmat akui memahami fasa penghijrahan yang dilalui oleh pelakon Nonny Nadirah bukan suatu yang mudah.
Namun PU Rahmat menasihati Nonny dan teman senasib pelakon itu agar terus bersangka baik dengan Allah.
“Suatu ketika hijrah Nonny Nadirah. Saya sudah pernah menonton video ini (yang dikongsikan) satu ketika dahulu dan memahami fasa penghijrahan bukanlah satu fasa yang mudah.
“Kita akan diuji dengan kehilangan harta, kedengkian manusia dan kesusahan kehidupan.
“Tetapi teman ku yang senasib dengan Saudari Nadhirah. Sentiasalah yakin dengan Allah , berbaik sangka dengan Allah kerana Allah sudah mengingatkan melalui Al Quran.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (QS. Al-Baqarah: 286).
“Bererti apa sahaja Allah berikan Ujian kepada kita itu dengan sukatan yang betul, Allah tahu kita mampu,” katanya.
Pendakwah bebas itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau berkongsi video lama Ketika Nonny bercerita mengenai penghijrahannya sebelum ini.
Pun begitu, PU Rahmat berharap para penghijrah terus istiqamah.
“Saya berharap para penghijrah diluar sana akan terus istiqamah dan rakan-rakan sekeliling terus memberi sokongan.
“Semoga setiap kesusahan kita akan diganjari dengan lebih banyak kebaikan didunia dan diakhirat kelak,” nasihatnya.
Sejak beberapa hari lalu, Nonny mencetuskan kontroversi berturut-turut iaitu memuat naik gambar berpakaian seksi di Instagram dan baru-baru ini, sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik gambar dia berendam dalam besen tanpa berbaju.
Gambar yang diambil dari sisi belakang itu memperlihatkan Nonny yang berkaca mata hitam dalam keadaan seperti tidak berbaju turut dimuat naik ke laman sosial tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live