Selebriti dan penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina mengenang jasa dan sumbangan seniman angung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Tiara berkongsi perkara itu sempena hari ulang tahun kelahiran Allahyarham yang jatuh pada 22 Mac setiap tahun.

Tiara meluahkan rasa terkilan kerana legenda itu tidak mendapat penghargaan wajar ketika hayatnya.

"Sudah 47 tahun pemergian beliau, namun cerita mengenai P. Ramlee masih kekal di ingatan.

"Cerita tentang bagaimana kebaikan yang sebenar tidak diiktiraf ketika zamannya, bakat beliau amatlah luar biasa, genius, tetapi beliau meninggal dunia hanya dengan beberapa ringgit yang ada.

"Beliau menerima pelbagai pengiktirafan, gelaran dan pingat hanya dalam waktu yang lama selepas meninggal dunia dan kecewa terhadap negara, kehidupan sendiri serta industri.

"Hari ini industri menggelar beliau sebagai "Seniman Agung". Kalau lah beliau tahu bagaimana negara menghargainya hari ini, sudah tentu beliau akan terus berjuang menghasilkan lebih banyak filem dan lagu yang tak dapat dilupakan," tulis Tiara sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikut Tiara dan beberapa rakan industri menyokong pendapatnya itu.

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)


Pada 2007, Tiara menerbitkan teater muzikal P. Ramlee The Musical arahan Adlin Aman Ramlie untuk sebagai tribute kepada Allahyarham.

Bagi Tiara, amat penting untuk terus berkongsi kisah P. Ramlee agar tidak hilang dalam kalangan generasi muda.