Bagai mengubati kerinduan! Mungkin itu jugalah faktor utama mengapa empat lagu nyanyian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin kembali melonjak di carta Lagu Strim Paling Tinggi di Malaysia untuk minggu ke-33.

Menerusi senarai kedudukan dikeluarkan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), lagu kesetiaan dilihat paling menonjol apabila berada di tempat pertama.

Sehingga kini, lagu diterbitkan pada 2002 itu telah berada dua minggu di dalam carta.

Lagu duet Sarah bersama suaminya Shuib, Semakin Benci Semakin Cinta pula berada di kedudukan kelima.

Tidak terhenti di situ, lagu Saat Hilang Cintamu dan Semakin masing-masing berada di kedudukan keenam dan sembilan.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Sekadar info, Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, (HCTM), Kuala Lumpur.