Tindakan seorang pemuda yang mempertikaikan status pendidikan orang lain berjaya mendapat perhatian netizen.

Bandingkan latar belakang pelajaran

Menerusi tangkap layar yang dimuatnaik semula oleh seorang pengguna X, dapat dilihat pemuda itu bertindak meninggalkan komen yang membandingkan latar belakang pendidikannya dengan individu yang singgah ke restorannya.


Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen terhadap kenyataan yang dilontarkan pemuda tersebut.

“Pastu "Custemer" & "digree". Tak payah bagitahu pun orang tahu yang dia memang tak sekolah.

“Cara komen pun dah nampak dia tak pernah pergi sekolah langsung. Itu pun kau bangga ke?

“Jadi sekarang ni dia nak orang ada degree, PHD pergi restaurant yang owner ada degree & phd ke juga atau caner? Alhamdulillah kau tak sekolah tinggi tapi Allah bagi kau skill berniaga. Bukan sbb kau tak sekolah tinggi tapi hebat ye. Allah tu Maha Kaya. Jangan lupa diri.

“Eja ‘degree’ ‘customer’ pun mcm palat. Tau nak cakap diri tu even tak sekolah tapi boleh ada restaurant. Asbab customer yang ada ‘digree’ mai makan tu la hang boleh makan cukup pakai cukup apa semua. Takde orang pergi pakat melingkup la. Boleh habaq restorant mana? Takut tersinggah HAHAHA,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 371 ribu tontonan di Platform X.

Berita Trending: King Coco Akhirnya Tunjuk Wajah Suami, Sudah Setahun Lebih Berkahwin? -…

Berita Trending: Selalu Tak Datang Set Penggambaran, Tony Eusoff Dedah Nak Tampar Aktres…