Adakalanya memang pening nak fikir juadah makanan apa yang mahu disediakan untuk keluarga.

Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang yang mana ramai antara kita menghabiskan masa bekerja dan belajar di rumah disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Dengan kesibukan masing-masing, pasti buntu nak menyediakan juadah apa yang mudah dan ringkas setiap hari untuk keluarga tersayang.

Lebih-lebih lagi apabila tiba waktu minum petang selepas selesai urusan kerja seharian.

Bagaimanapun, anda kini tak perlu risau nak sediakan set juadah makanan nak dijadikan kudapan petang untuk keluarga.

Semuanya jadi mudah dengan 4 produk makanan berkualiti terbaru daripada Tesco ini.

#1 Teh hijau Jepun Tesco


Apa kata, anda segarkan tekak dengan minuman teh hijau daripada Tesco ini.

Nak rasa teh sebenar dari Jepun, inilah produk pilihan terbaik buat anda. Teh hijau ini diekstrak dari ladang teh di Jepun.

Bahkan, hanya daun teh berkualiti sahaja yang digunakan dan merupakan 100% diimport dari Jepun.

Didatangkan dengan 3 perisa berbeza iaitu Hojicha, Genmaicha dan Sencha.


#2 Udang sejuk beku Tesco



Sedapnya jika dapat makan udang goreng salut tepung. Sekarang ini tak perlu renyah nak sediakan guna udang mentah.

Beli sahaja udang sejuk beku daripada Tesco ini. Ada enam pilihan berbeza mengikut cita rasa anda.

Antaranya, Breaded Torpedo Shrimp, Breaded Agedama Coated Shrimp, Breaded Springroll Flake Torpedo Shrimp, Breaded Coconut Flake Butterfly Shrimp, Shrimp Rangoon .

Bagi yang sukakan pedas, cubalah, Breaded Peeled Tailless Shrimp.

Bukan sahaja kaya protein, tetapi udang yang digunakan hanyalah daripada pilihan yang terbaik dan berkualiti sahaja. Paling penting, rasanya masih segar dan juicy!


#3 Kerepek kentang Tesco



Dapat makan kerepek kentang petang-petang sambil layan televisyen memang syok. Lebih-lebih dengan produk kerepek kentang daripada Tesco.

Selepas laris dengan perisa Hot & Spicy, kali ini Tesco bawakan dua perisa baharu iaitu Tomyam dan Tomato.

Memang lazat, bukan sahaja rangup, bahkan, anda akan dapat nikmati rasa tomyam dan tomato sebenar.


#4 Air kelapa



Sekali-sekala minum air kelapa petang-petang memang menyamankan. Tak perlu susah nak kopek buah kelapa, dapatkan sahaja produk minuman air kelapa terbaru daripada Tesco.

Paling penting, ia diimport dari Thailand dan 100% air kelapa asli tanpa ada sebarang bahan pengawet dan gula!

Mudah bukan…Jadi, tunggu apa lagi, jom dapatkan kesemua produk terbaharu daripada Tesco hari ini. Paling best, harga jimat dan kualiti terjamin.

Tak perlu susah-susah keluar rumah, anda juga boleh buat pembelian secara dalam talian sahaja untuk penghantaran terus ke depan pintu!

Bagi maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Tesco.