Arena tinju bukanlah satu kerjaya yang mudah baik dari segi mental mahupun fizikal, apatah lagi di negara kita yang masih ramai yang belum terbiasa dengannya.

Jika untuk peninju lelaki pun ia masih dilihat mencabar dan sukar, bagaimana pula dengan wanita Melayu berhijab yang menceburkan diri dalam bidang ini?

Persoalan ini terjawab dalam Naura Shares episod 21 malam ini yang menampilkan peninju berhijab yang disenaraikan dalam Forbes 30 Under 30 baru-baru ini, Nor Diana atau alter egonya, 'Phoenix'.

Diana akan bercerita tentang bagaimana dia mula menyertai bidang tinju dan kecintaannya untuk bergelar peninju di sebalik perwatakannya yang pemalu.

Memandangkan Diana adalah seorang yang introvert, dia tidak suka meraih perhatian tetapi jurulatihnya mempunyai pemikiran yang berbeza. Apabila Diana dimasukkan dalam senarai Forbes 30 Under 30, jurulatihnya itu percaya yang Diana akan menunjukkan potensi besar dari seorang wanita berhijab.

Pernah suatu ketika, Diana hampir berputus asa kerana menerima banyak kritikan negatif yang mengatakan dia menunjukkan imej kurang baik bagi seseorang yang berhijab.

Namun, Diana meneruskan perjuangannya kerana dia tahu sebab dia menceburi bidang tinju adalah untuk membahagiakan diri sendiri, bukan orang lain.

Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109).

Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares turut menampilkan tetamu undangan lain seperti Datuk Chef Wan, Naim Daniel, Datin Alyah dan ramai lagi.