Laman Utama

Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi

gempak
Mya Amri
08/02/2023
23:42 MYT
Sponsor Banner
Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Penjaga gol kelab bola sepak di Turkiye, Ahmet Eyup Turkaslan menjadi mangsa korban gempa bumi yang melanda negara itu.
Berita duka itu disahkan oleh kelabnya, Yeni Malatyaspor menerusi hantaran di akaun Twitter rasmi mereka.
"Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan kehilangan nyawanya selepas berada di bawah runtuhan gempa bumi. Rehatlah dengan tenang,
"Kami tidak akan melupakan anda, seorang yang sangat baik,” maklum kenyataan itu.
Dalam pada itu, bekas pemain sayap Crystal Palace dan Everton iaitu Yannick Bolasie, turut menyatakan rasa dukanya di platform yang sama.
"RIP saudara Eyup Ahmet Turkaslan. Sekejap anda boleh melihat seseorang di ruang istirahat, pada saat berikutnya mereka tiada,” tulisnya.
Bolasie yang kini bermain untuk pasukan divisyen dua Turkiye, Caykur Rizespor, juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seluruh mangsa gempa bumi.
"Takziah saya ucapkan kepada semua keluarga dan rakan sepasukannya di Yeni Malatyaspor. Mendukacitakan mendengar dan berharap kami semua dapat terus membantu semua orang yang memerlukan,” coretnya.
Terdahulu, Turkaslan, 28, bermain enam kali untuk kelab divisyen dua Turkiye, Yeni Malatyaspor selepas menyertai pasukan itu pada 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live