Pemenang Piala Dunia 2002, Ronaldinho dijangka menghadiri kejohanan futsal di penjara Paraguay di mana dia ditahan atas kesalahan menggunakan pasport palsu.

Menurut laporan Berita Harian, Ronaldinho boleh dipenjarakan sehingga enam bulan di penjara Asuncion selepas mahkamah Paraguay tidak membenarkan ikat jamin dan menolak rayuannya untuk tahanan rumah.

Penjara berkenaan bakal mengadakan kejohanan futsal Isnin depan, namun pemenang Ballon d’Or 2005 cuma akan hadir sebagai penonton dan tidak akan beraksi.

“Kami tidak berharap Ronaldinho untuk menyertainya, tetapi kami gembira jika dia datang,” kata pesuruhjaya penjara Blas Vera.

Bagaimanapun penganjuran kejohanan itu selepas ketibaan Ronaldinho hanyalah satu kebetulan.

Seramai 194 tahanan di penjara berkenaan akan menyertai kejohanan itu yang membabitkan 10 pasukan.

Bagaimanapun ia tidak membabitkan pegawai penjara seperti di dalam filem Mean Machine.

Sumber: Berita Harian