,
Viral

"Penkek Tembam Ada Double Meaning? Depends..." - Naim Daniel

Amri Hassan
11/09/2019
03:00 MYT
Penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Naim Daniel kini sedang giat memasarkan perniagaan pencuci mulut yang diberi nama Penkek Tembam.
Tidak berniat untuk menimbulkan salah faham berhubung namanya, jelas Naim, perkataan tembam itu hanya merujuk kepada kata gantian bahasa Inggeris 'fluffy'.
"Alhamdulillah bisnes bersama kawan-kawan ini sudah masuk dua bulan dan kami memulakannya di The H, Hartamas.
"Temanya semua pencuci mulut dan kami memfokuskan penkek semata-mata.
"Nama Penkek Tembam memang mengundang dan saya akui nama itu saya sendiri yang cadangkan. Oleh kerana penkek itu bersifat fluffy, saya cuba menjadikan perkataan itu bersifat lokal dan perkataan tembam itu melekat dalam kepala.
"Pada mulanya mereka ketawakan saya tetapi selepas beberapa bulan nama itu sudah melekat dan semua yang datang kedai pun akan terpandang nama itu terlebih dahulu.
"Apa yang menariknya, first impression pelanggan itu yang kita mahukan!" katanya kepada Gempak.
Tular di media sosial Twitter menerusi sepotong video Ismail Izzani yang mendambakan Penkek Tembam baru-baru ini hingga ada yang mengaitkannya dengan maksud tersirat, kata Naim lagi dia tidak boleh menyekat pemikiran masing-masing.
"Double meaning? Depends... Itu semua budak-budak nakal," ujar Naim lagi.
Naim ditemui selepas episod pertama All Stars Buka Panggung yang menyaksikannya tumpas tipis di tangan Datuk Aaron Aziz.
Nasib Naim bersama Liyana Jasmay dan Yusry Abdul Halim tidak bertuah apabila gagal mara ke pusingan suku akhir.
All Stars Buka Panggung merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Program ini menampilkan Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.
Rancangan ini disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
All Stars Buka Panggung akan bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.