Laman Utama

Penting! Ini Kesalahan Kecil Yang Dilakukan Pasangan Suami Isteri

gempak
Zulaikha Yusof
22/04/2020
09:51 MYT
Sponsor Banner
Penting! Ini Kesalahan Kecil Yang Dilakukan Pasangan Suami Isteri
Secara tak sedar, dalam rumah tangga sering terjadi kesalahan kecil dan kadang-kadang berlaku berulang kali. Tidak kisah sama ada ia berpunca dari suami atau isteri.
Walaupun nampak remeh namun jika tidak dibendung dari awal boleh menyebabkan keruntuhan hubungan dalam keluarga.
Ini senarai kesilapan kecil yang kerap diulangi pasangan suami dan isteri:
Suami
1. Tidak Menunjukkan Empati
Menurut ahli psikologi, Albert Maslow perasaan empati merupakan keupayaan untuk mengenali dan berkongsi perasaan dengan orang lain. Ini merupakan bahagian penting dalam hubungan suami isteri.
Lelaki perlu faham yang kaum hawa ingin difahami dan berkongsi perasaan. Jika tidak dihiraukan, akan timbul rasa kecewa dan sedih.
2. Suka Berbelanja Besar
Apabila memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, prioriti utama adalah ibu kandungnya dan isteri.
Segelintir lelaki suka berbelanja besar contohnya membeli kereta tanpa berunding dahulu dengan isteri. Dalam institusi kekeluargaan komunikasi sangat penting.
3. Salah Guna Kuasa
Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah.
Namun, bukan segala keputusan terletak di tangannya tanpa campur tangan isteri. Inilah kesilapan suami yang paling ketara hingga membuatkan isteri tersinggung dan terasa hati.
Isteri
1. Ingin Keluarga Ideal Dan Sempurna
Semua orang menginginkan yang terbaik dalam rumah tangga. Namun realitinya sebuah keluarga yang dibina memerlukan kerjasama antara dua pihak.
Sedangkan lidah tergigit, inikan pulak suami isteri.
2. Sibuk Bekerja
Seorang isteri terutamanya yang bekerjaya cenderung untuk bekerja di luar rumah.
Membantu mencari rezeki tidak salah asalkan mendapat keizinan daripada suami dan tidak mengabaikan tugas serta tanggungjawab.
3. Cemburu Buta
Cemburu dan wanita berpisah tiada. Tidak salah untuk timbul perasaan itu sekiranya wajar terhadap suami.
Namun, jika cemburu itu melampaui batas dan tidak berasas maka akan menyebabkan hubungan bersama pasangan terganggu.
Percayalah, jika kesalahan ini dikenal pasti awal, sudah tentu ia membawa perubahan besar dan segalanya boleh jadi lebih baik.
Bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Secara eksklusif, buat kali pertama filem NKCTHI ditayang terus di pawagam rumah anda!
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Sebelum ini Astro Shaw bergiat cergas bekerjasama dengan penggiat Indonesia dengan memasarkan filem seperti Bumi Itu Bulat dan Dua Garis Biru di Malaysia.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April ini. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live