Berita baik untuk penggemar siri Sex and the City (SATC)! Tiga watak utama siri berkenaan, Carrie (Sarah Jessica Parker), Miranda (Cynthia Nixon) dan Charlotte (Kristin Davis) kembali dalam And Just Like That...

Jika SATC dahulu memaparkan kisah realiti kehidupan mereka bertiga yang penuh liku ketika usia 30'an, And Just Like That... pula menampilkan kisah hidup yang lebih mencabar ketika mereka berusia 50'an.

Selain tiga bintang utama itu, saksikan juga watak-watak lelaki seperti Mr. Big (Chris Noth), Anthony Marentino (Mario Cantone), Stanford (Willie Garson) dan Harry (Evan Handler).

Siri terbaru dengan 10 episod ini boleh ditonton menerusi On Demand di Ultra Box, Astro GO dan aplikasi HBO GO bermula 9 Disember 2021. Ianya percuma untuk pelanggan 'Movies Pack'.

Dua episod pertama telah dilancarkan semalam pada waktu yang sama dengan tayangan di Amerika Syarikat, diikuti lapan lagi episod yang akan dilancarkan pada Khamis setiap minggu selepas ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!