Buat julung kalinya, HUAWEI memperkenalkan telefon pintar 'pop-up' pertama mereka menerusi HUAWEI Y9 Prime 2019.

Kamera ini akan dibuka hanya ketika pengguna kamera swafoto.

Namun apa yang lebih menariknya , Y9 Prime ditawarkan pada harga sekadar RM899!

Walaubagaimanapun, harga rendah itu bukanlah alasan untuk HUAWEI mengabaikan fungsi hebat, Y9 Prime sebaliknya dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik khususnya pada mereka yang mementingkan kamera, kualiti skrin dan keupayaan gaming.

Jika anda tertanya apa yang ditawarkan HUAWEI Y9 Prime 2019, inilah masanya.

#1 Saiz Skrin Gergasi 6.59 Inci!


Tahu tak apa kelebihan mempunyai kamera swafoto secara pop-up? Anda akan menikmati skrin penuh hampir tanpa sebarang bezel.

HUAWEI Y9 Prime dilengkapi skrin 'Ultra FullView' sebesar 6.95 inci, sekali gus menjadikan pengalaman anda menonton video, bermain game, membaca e-book, semuanya lebih kuasa disebabkan ketiadaan bezel besar.

#2 Kapasiti Bateri Juga...Besar!




Seriously dengan harga bawah RM1000, agak sukar sebenarnya untuk menikmati kapasiti yang besar.

Namun begitu, HUAWEI Y9 Prime berjaya menawarkan bateri sebesar 4000 mAH.

Kapasiti luar biasa ini kemudiaan disokong dengan penguasaan cip pemprosesan yang mampu meningkatkan tahap efisyen telefon pintar secara berganda.

Oleh itu bateri bukanlah masalah buat HUAWEI Y9 Prime terbaru ini.

#3 Storan Besar!


Tahun 2019 ini, masalah ruang storan yang terhad sepatutnya tidak harus berlaku.

Jika ya sekalipun, anda patut memilih HUAWEI Y9 Prime kerana ia dilengkapi storan 128GB berserta penambahan sebesar 512GB!

Gambar, video, muzik dan game semuanya boleh disimpan tanpa perlu berkira-kira.

#4 Kamera Auto Pop-Up Serba Canggih


Fungsi ini agak baru diperkenalkan di pasaran dan jika ada sekali pun, harganya mungkin membuatkan anda merana.

Kini berpeluang menikmati kamera pop-up menerusi model HUAWEI Y9 Prime 2019.

Jika anda mengambil swafoto, hanya satu saat diperlukan untuk membuka kamera ini.

Sistem ini diuji hingga membolehkan anda membukanya sehingga 100,000 kali. Ini bermakna, anda boleh mengambil gambar 100 kali sehari selama 2 tahun 7 bulan!

Malah, anda tidak perlu risau tentang kerosakan pada kamera pop-up ini kerana ia juga mampu menahan berat sehingga 15 kilogram.

Kamera pop-up ini dilengkapi lensa 16 Megapixel dengan apertur f/2.2 yang turut disokong kecerdasan buatan atau AI.

Kamera ini boleh menyesuaikan parameter untuk optimumkan keadaan pencahayaan semula jadi. Sebanyak lapan senario disokong oleh ciri AI.

#5 Fungsi Hebat Lain...Dah Macam Flagship!



HUAWEI Y9 Prime dikuasakan dengan cip prosesan Kirin 710 dengan gabungan RAM sebesar 4GB bagi memastikan telefon sentiasa pantas dan efisyen.

Kamera utama adalah gabungan tiga lensa iaitu, 16MP, 8MP dan 2MP. Kamera 16 Megapixel adalah lensa biasa, 8 Megapixel adalah lensa ultra-lebar dan lensa 2 Megapixel pula adalah lensa 'depth'.

Hadir dengan rekaan premium, model terbaru ini juga disertakan dengan port pengecasan Type-C dan didatangkan dengan Android Pie (9) EMUI 9.0

Layari laman web HUAWEI atau Facebook mereka untuk maklumat lanjut