Sejak mula ditayangkan pada 8 September lalu, filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof menerima maklum balas yang positif dalam kalangan penonton.

Tidak hanya itu, rakan-rakan selebriti turut memuji filem yang menampilkan Zizan Razak sebagai watak utama itu sebagai antara filem terbaik yang pernah diterbitkan.

Justeru, tidak hairan jika pada malam tayangan sneak peak sahaja, Abang Long Fadil 3 berjaya meraih kutipan sehingga RM1.2 juta.

Tentulah, filem aksi komedi yang paling dinantikan ini amat sesuai untuk dijadikan hiburan seisi keluarga sepanjang hujung minggu ini.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini.

Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.