Laman Utama
Penumpang Terkejut, Jurutebang Marah Penerbangan Ditangguhkan Tujuh Jam
Seorang juruterbang syarikat Wizz Air menunjukkan kemarahannya di dalam pesawat kerana penerbangannya ditangguhkan kira-kira tujuh jam di Lapangan Terbang Gatwick, England baru-baru ini.
Juruterbang Wizz Airt dilaporkan menjerit: "Saya tidak perlukan ini, kru saya pun tidak perlukan ini! Semuanya berada diluar kawalan!" jeritnya.
Dia berkata demikian menerusi interkom atau sistem perhubungan kepada para penumpang pesawat tersebut
Ketika kejadian, pesawat tersebut dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu ke Cyprus.
Penumpang juga diberitahu bahawa pesawat itu tidak akan terbang ke bandar Larnaca, Cyprus jika mereka memutuskan untuk turun dari pesawat.
Bagaimanapun jurucakap Wizz Air juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.
"Wizz Air dengan ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang disebabkan oleh penerbangan W95749 yang tertunda dari Gatwick ke Larnaca." ujarnya
Menurut jurucakap itu, kelewatan tersebut disebabkan oleh isu kawalan trafik udara di Gatwick.
Sumber: Metro.co.uk
Must-Watch Video