Insiden aktor Will Smith menampar muka pengacara Oscar, Chris Rock menerusi siaran secara langsung semalam masih menjadi bualan hangat.
BACA: [VIDEO] Melawak Fasal Isteri, Will Smith Tampar Muka Chris Rock Ketika Live Oscars
Smith diketahui bertindak menampar Rock selepas berasa tersinggung apabila penyakit yang dihidapi isterinya, Jada Pinkett Smith dijadikan bahan jenaka.
Jada yang menghidap Alopecia kini botak, disamakan oleh pengacara tersebut seperti karakter di dalam sebuah filem.
Sejak insiden tersebut terjadi, dunia mula mengambil tahu apakah yang dikatakan penyakit Alopecia. Ia adalah penyakit autoimun yang menyebabkan folikel rambut rosak atau musnah sekaligus membuat individu yang menghidapnya botak.
Malah ramai yang memberi sokongan dan menyifatkan perjuangan penyakit dan keterbukaan Jada sebagai sebuah inspirasi.
“Jada adalah sebuah inspirasi terbaharu buat orang di luar sana yang mungkin menghadapi masalah sama,” tulis seorang wargamaya lapor CNN.
Ada yang lainnya mengatakan tidak sesekali menyokong keganasan (insiden tampar), namun insiden tersebut disifatkan sebagai sebuah kesedaran agar seseorang menjaga batas dalam melakukan komedi atau berlawak.
Aktres tersebut pertama kali mengaku secara terbuka menghidap Alopecia pada tahun 2018. Dalam program bual bicaranya, Red Table Talk, dia mendedahkan berasa cukup takut selepas pertama kali melihat rambutnya gugur dengan banyak sewaktu mandi.
“Itu adalah masa terburuk dalam hidup saya. Saya mengeletar ketakutan.
“Sejak itu saya memotong rambut dan terus memastikan ia pendek sehinggalah tiada (rambut),” katanya.
Sementara itu Smith telah memohon maaf terhadap sikapnya yang tidak dapat mengawal emosi lalu menampar Rock yang mempersendakan Jada. Rock pula tidak berniat untuk memanjangkan insiden tersebut dengan membuat laporan polis.
Maliah Surip
Tue Mar 29 2022


Suami Yana Samsudin Edit Gambar Dengan Pelakon High Council, Netizen - “Yang Belakang Itu Next Kapla Ke?”
Terhibur tengok haha

Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian

“Dipping Sos Bukan Cap Ayam, Bahan Premium,” - Didakwa Biskut Harga Kayangan, Shuhada Perjelas Salah Faham Netizen
Bukan yang biasa tapi guna bahan premium tau.

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil?
Ramai yang terkejut...

Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”
Bukan betul-betul pun

Lisdawati Kongsi Pengalaman Pernah Cedera Ketika Penggambaran - “Saya Jatuh Kuda, Nak Angkat Badan Pun Tak Boleh”
Kena sentiasa jaga diri sendiri.

“Terima Kasih Pada Semua Yang Mendoakan” - Ustaz Azhar Idrus Dibenarkan Pulang
Alhamdulillah.

“50 Peratus Persiapan Sudah Dilakukan” - Mimi Lana Bersedia Jadi Isteri Syafiq Kyle
Semoga dipermudahkan

Pelakon Filem John Wick, Lance Reddick Meninggal Dunia
Salam takziah buat keluarga...