gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Suka ‘Goyang Kaki’ Di Rumah, Remy Ishak Seronok Bantu Isteri Uruskan Anak - “Dia Tak Paksa & Suruh Pun Tapi…”
HIBURAN
Suami Ifa Raziah Tak Pernah Kedekut, Punca Rezeki Sentiasa Murah - “Saya Minta Nak Beg LV & Jam Rolex, Dia Belikan…”
VIRAL
‘Ija’ Buat Laporan Hilang Rupa-Rupanya Rancang Sandiwara Sendiri Larikan Diri Ke Negara Jiran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Penyampai ERA Teruja Meriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan Di Pulau Pinang

Gempak
Gempak
19/07/2025
05:35 MYT
Sponsor Banner
Penyampai ERA Teruja Meriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan Di Pulau Pinang
ERA, stesen radio pilihan No.1 di Malaysia, turut serta memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung dari 17 hingga 20 Julai di Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.
Sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia, ERA tampil dengan aktiviti khas bertemakan Sukan Uniti ERA yang berlangsung pada hari Jumaat.
Acara ini dimeriahkan dengan kehadiran penyampai ERA seperti Nabil Ahmad, Azad Jasmin, Radin, Haziq, Sasha, Munaabella dan Syazwan Razak, yang turun padang berinteraksi secara langsung bersama para pengunjung.
Menambah kemeriahan acara, beberapa selebriti tanah air turut hadir termasuk CIK B, Amar Ahyan, Eric Fuzi, Ryan Bakery, Wany Hasrita, Amira Othman dan Haqiem Rusli, menjadikan suasana lebih istimewa dan penuh gelak ketawa.
Antara permainan rakyat yang mencuri perhatian termasuk Lumba Itik, Semut Berkawat, Cup Stacking, Body Rolling, Pyramid dan Ulat Bulu Berantai, yang berlangsung dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja mencuit hati, malah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Menurut Azah Sahrin, Pengurus Jenama ERA,
“Kami amat teruja dan berbesar hati kerana dapat turut serta dalam Sambutan Minggu Perpaduan 2025 ini. Ia adalah platform terbaik untuk kami mendekati pendengar dari pelbagai latar belakang sambil menyampaikan mesej perpaduan dalam cara yang santai dan menyeronokkan. Kehadiran penyampai dan selebriti ERA di acara ini memberi peluang mencipta kenangan manis bersama pendengar serta menyemarakkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia.”
Sebagai sebuah jenama radio yang sentiasa dekat dengan komuniti, ERA percaya bahawa hiburan boleh menjadi medium yang berkesan untuk memupuk nilai perpaduan, toleransi dan kasih sayang antara satu sama lain.
Melalui aktiviti seperti Sukan Uniti ERA, bukan sahaja hiburan dibawa kepada masyarakat, malah ruang interaksi dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya turut dikongsi bersama – satu kekuatan utama negara.
ERA turut mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan untuk menyertai program bermakna ini dan berharap usaha seumpama ini terus menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu padu.
Untuk maklumat lanjut, aktiviti dan kemas kini terkini, layari laman sosial rasmi ERA dan muat turun aplikasi ERA di Google Play dan App Store.
Topic Berkaitan
#Pulau Pinang
#Era
#Perpaduan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement