Laman Utama

Penyanyi Jepun Sayaka Kanda Mati Jatuh Dari Tingkat 22 Hotel

gempak
Maliah Surip
20/12/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Jepun Sayaka Kanda Mati Jatuh Dari Tingkat 22 Hotel
Penyanyi dan pelakon kelahiran Jepun, Sayaka Kanda mengejutkan dunia hiburan negara yang mendapat jolokan sebagai negara Matahari Terbit apabila dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu.
Lebih menyayat hati, Sayaka mati beberapa jam selepas terjatuh di balkoni tingkat 14 bilik hotel yang didudukinya di kawasan Sapporo, Jepun sekitar pukul 1 tengahari waktu tempatan.
Sayaka yang juga merupakan pembawa suara Anna dalam animasi Frozen versi Jepun saat kejadian diketahui menetap di tingkat paling atas hotel iaitu tingkat 22.
Japan Times melaporkan pihak polis tidak menolak kemungkinan wanita berusia 35 tahun itu melompat atau terjun dari tingkap hotel untuk membunuh diri dari tingkat 22, tetapi jatuh di balkoni tingkat 14 hotel tersebut.
Namun sehingga kini laporan tersebut masih belum disahkan lagi. Laporan sama menyatakan Sayaka berada di Sapporo kerana terbabit dalam sebuah muzikal iaitu My Fair Lady. Dia membawa karakter Eliza Doolitle telah hadir sesi latihan muzikal pada Jumaat, namun tidak muncul pada keesokkan harinya.
Sayaka yang memasuki industri hiburan pada tahun 2001 merupakan anak kepada pasangan selebriti terkenal negara tersebut iaitu Masaki Kanda dan penyanyi, Seiko Matsuda.
Dia merupakan bekas isteri kepada pelakon Mitsu Murata yang menjadi suaminya hanya selama dua tahun.
Kredit Foto: Japan Times, Super Star Bio
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live