HIBURAN
Penyanyi K Pop, Wheesung Ditemui Mati Di Rumah
Penyanyi dan komposer veteran Korea Selatan, Wheesung ditemui meninggal dunia di kediamannya di Gwangjin-gu, lapor Yonhap News.
Mayat Wheesung yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun pada 10 Mac 2025 dipercayai telah mati beberapa hari sebelum ditemui.
Hal itu disahkan oleh pihak berkuasa tempatan selepas melihat keadaan mayat dan kawasan yang ditemui selepas dihubungi ahli keluarga penyanyi yang terkenal dengan lagu balada dan R&B itu.
“Ia menunjukkan signifikan waktu mangsa telah lama meninggal dunia.
“Ada dua kemungkinan penyebab kematiannya. Boleh jadi bunuh diri atau overdose.
“Tiada kesan jenayah di tempat kejadian. Buat masa ini kami masih menjalankan siasatan lanjut,” ujar pihak berkuasa tempatan seperti dilaporkan Korea JoongAng Daily.
Wheesung atau nama sebenarnya, Choi Whee-sung memulai karier pada tahun 2002 mencipta nama menerusi hit seperti Can’t You, Insomnia dan Even Thought Of Marriage.
Namun dirinya sempat terkait dengan isu penggunaan ubat terlarang yang digunakan secara haram pada tahun 2020. Mendiang juga sempat dipenjarakan selama setahun kerana kes tersebut.
Malah Wheesung dijadualkan mengadakan konsert dipenjarakan selama setahun Exco in Daegu pada 15 Mac ini.
Berita kematian Wheesung menjadi khabar terkini mengenai bintang K Pop yang meninggal dunia hanya sebulan selepas pelakon Kim Sae-ron ditemui mati di kediamannya.
Must-Watch Video