Laman Utama

Penyanyi Kembali Peluk Islam Selepas 13 Tahun Murtad - "Hati Saya Tak Tenteram, Kalau Meninggal Dunia Nanti ..."

gempak
Amri Hassan
25/05/2022
13:54 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Kembali Peluk Islam Selepas 13 Tahun Murtad - "Hati Saya Tak Tenteram, Kalau Meninggal Dunia Nanti ..."
Selepas 13 tahun murtad, penyanyi Indonesia, Nania Yusuf kembali menjadi seorang muslim selepas melafazkan kalimah syahadah ketika Aidilfitri lalu.
Nania, 38, yang juga bekas peserta Indonesian Idol keluar dari agama Islam dan memeluk agama Kristian pada 2009.
Memetik laporan media tempatan, penyanyi itu mendakwa telah mendapat hidayah dan takut akan pengakhiran hidupnya.
"Sejak kebelakangan ini hati saya berasa tidak tenteram. Saya tertanya-tanya jika meninggal dunia nanti, bagaimana saya akan diuruskan? Siapa yang akan mendoakan saya.
"Keluarga saya semuanya Islam. Mereka memang menentang keras keputusan saya menganuti agama Kristian. Walaupun akhirnya mereka berkata okey, namun saya tahu hati mereka tidak tenteram," ujarnya.
Kata Nania, dia juga takut jika ibunya meninggal dunia nanti, wanita itu tidak mengampunkan dosanya selain kehilangan restu dan doa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live