Laman Utama

Penyanyi Kembar Aisha Hanim Tak Makan Nasi 4 Bulan Demi Pinggang Secekak! - "Kami Turun 13 Kg"

gempak
Amri Hassan
11/04/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Kembar Aisha Hanim Tak Makan Nasi 4 Bulan Demi Pinggang Secekak! - "Kami Turun 13 Kg"
Pasangan penyanyi duo kembar seiras Aisha Hanim nekad untuk tidak menjamah makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi selama empat bulan demi mendapatkan berat badan yang diidamkan.
Kata pemilik nama sebenar Nooraisha Farizan dan Hanim Fariza itu, hasil daripada diet terbabit, mereka berjaya menurunkan sehingga 13 kilogram berat badan.
"Sebenarnya tak dinafikan kami mula berdiet (tidak makan nasi) dari tahun lepas sebelum penggambaran muzik video Tinggallan Cinta dan Dua Muka selama empat bulan.
"Kami nekad, kalau nak buat biarlah buat betul-betul, kalau tidak dalam skrin tu penuh muka kita.
"Orang asyik tanya bila dah kurus ni makan apa? Senang saja, jangan makan! Tapi memang ada masanya kami 'moody' sebabkan berlapar, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.
"Mungkin sebab kami berdua kembar, nak buat aktiviti pun bersama. Bila berpakat tu menjadilah," kata Aisha dan Hanim kepada Gempak.
Menggantikan diet nasi dengan makanan gantian, Aisha dan Hanim kerap melakukan senaman bersama di rumah.
"Berat badan Hanim turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha dalam 9 kilogram. Menariknya sepanjang tempoh berdiet, kami saling ingat mengingati antara satu sama lain. Itu yang menyuntik motivasi sebenarnya.
"Untuk permulaan sebenarnya jaga makan. Elakkan pengambilan gula dan garam dalam makanan.
"Sebenarnya apabila berat badan naik, akan timbul pelbagai kerisauan termasuk dengan masalah kesihatan seperti kadar kolesterol. Saya pun takut... jadi kenalah kawal dan jaga," tambah mereka.
Dalam perkembangan terbaharu, Aisha Hanim muncul dengan lagu dan muzik video raya berjudul Raya Rumah Terbuka ciptaan Omar K, Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat.
"Lagu ini adalah cara kami untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri dan kami cuba membawa pendengar kembali ke zaman kanak-kanak termasuk keseronokan meraikan rumah terbuka.
"Uniknya tentang lagu ini kami mengetengahkan konsep irama kugiran disuntik dengan elemen tradisional. Jadi kalau dengan akan mengimbau nostalgia indah sambutan Aidilfitri," kata penyanyi duo yang turut popular dengan lagu Angkara itu lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024