Hiburan
Penyanyi Michael Bolton Hidap Barah Otak
Penyanyi lagu hit The When A Man Loves A Woman, Michael Bolton menyampaikan berita mengejutkan buat peminat apabila memberitahu dirinya menghidap barah otak.
Ironi akui penyanyi berusia 70 tahun itu, dia sendiri baru mengetahui berdepan penyakit berbahaya itu hanya sebelum musim cuti Krismas berlangsung. Dia bagaimanapun segera menjalani pembedahan.
Pengumuman tersebut ditulis dan dikongsikan di Facebook miliknya pada Jumaat.
“Saya mahu mulakan tahun baru dengan menyapa dan mengucapkan agar anda semua sihat dan gembira.
“Saya juga ingin berkongsi mengenai tahun 2023 yang berakhir dengan sebuah kejutan.
“Hanya sebelum musim cuti saya telah didiagnos menghidap barah otak dan memerlukan pembedahan segera,” ujar Bolton seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Bolton kemudian memberitahu dia kini dalam fasa pemulihan selepas pembedahan berjalan lancar.
“Terima kasih kepada semua pihak terutama pakar yang membuatkan pembedahan berjalan baik.
“Saya kini dalam fasa pemulihan di rumah dan dikelilingi sokongan juga kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada keluarga,” katanya.
Berita Trending: Farah Lee Dah Kahwin, Netizen Rasa Lucu Tengok Hashtag - “Macam Tu Je Dia Umum”
Sehubungan itu Bolton juga meminta maaf kepada peminat kerana dia juga akan menunda sebarang aktiviti seni kerana mahu memberi fokus terhadap kesihatan.“Saya juga ingin meminta maaf kepada peminat kerana akan menunda banyak siri jelajah dan aktiviti seni demi kesihatan saya,” katanya lagi.
Must-Watch Video