Tayangan perdana Disney+ Hotstar Day, Disney Original kembali dengan sebuah kisah animasi popular kanak-kanak, Pinocchio.

Kisah zaman kanak-kanak klasik tentang boneka kayu yang berusaha keras menjadi seorang budak lelaki sejati dihidupkan dalam penceritaan semula menggunakan proses imej janaan komputer (CGI) serba baharu oleh pemenang Anugerah Akademi Robert Zemeckis.

Pelakon Utama

Dalam adaptasi muzikal secara langsung Pinocchio ini, aktor Tom Hanks telah membawa watak sebagai Geppetto, seorang pengukir kayu yang telah mencipta sebuah boneka kayu (Pinnochio) dan memperlakukannya seperti anaknya.

Manakala, Joseph Gordon-Levitt menjayakan watak Jiminy Cricket, yang bertindak sebagai Pinocchio serta "pemilik hati nuraninya".

Sementara itu, Luke Evans sebagai The Coachman dan Keegan-Michael Key sebagai "Honest" John.

Selebriti Malaysia Pinjam Suara

Turut bersama menjayakan siri ini adalah bakat-bakat dari Malaysia yang meminjamkan suara mereka dalam watak-watak siri Pinocchio versi Bahasa Melayu yang diketuai oleh pengarah vokal Eka Shereen dan penyanyi serta komposer lagu veteran Juwita Suwito.

1.Azman Hassan

Watak Geppetto akan menggunakan suara pelakon prolifik Azman Hassan. Dengan lebih 30 tahun pengalaman lakonan dan nyanyian merentasi lebih daripada 50 judul filem dan siri, Azman adalah pilihan yang tepat untuk meminjamkan suaranya bagi watak pengukir kayu yang berhati baik.

2.Khaireel Akasya

Selan itu, peranan utama Pinocchio akan disuarakan oleh pelakon muda yang berbakat besar, Khaireel Akasya. Khaireel telah menceburkan diri dalam dunia lakonan dan nyanyian, dengan pelbagai persembahan dan pertandingan seperti Koir Seni Genius RTM.

3.Liana Jacklon

Sementara itu, seorang penyanyi berasal dari Sabah, Liana Jacklon akan mempamerkan bakat nyanyian dengan membawakan lagu-lagu Blue Fairy. Liana ialah seorang penyanyi yang berpengalaman dan pernah melakukan persembahan di tempat-tempat utama di seluruh dunia, termasuk Akademi Muzik Baku di Azerbaijan, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Musikverein di Vienna iaitu salah satu gedung opera paling terkenal di dunia.

4.Suki Low

Menarik lagi, pemenang tempat ketiga program GegarVaganza musim ke-8, Suki Low turut meminjamkan suaranya untuk watak Fabiana dan Sabina. Suki sebelum ini turut pernah meminjamkan suaranya dalam siri animasi Snow White dalam versi Bahasa Melayu iaitu “Snow White and The Seven Dwarfs”.

Sementara itu, antara bakat lain yang turut meminjamkan suara mereka dalam siri animasi ini termasuklah Muhamad Mustaqim sebagai Jiminy Cricket, Hazwan Idris (“Despicable Me 3”, “Klaus”) sebagai “Honest” John, Wan Muhammad Tamlikha sebagai The Coachman, dan Nur Atiqah Zawani (“Detective Conan”, “Tangled) sebagai suara latar watak Blue Fairy.

Bagi penonton yang tidak sabar untuk menonton Disney Original dalam bahasa tempatan, langgan sekarang secara eksklusif di Disney+ Hotstar dan saksikan animasi Pinocchio terus dari rumah anda atau di mana-mana sahaja.

Untuk maklumat lanjut, ikuti semua platform media sosial Disney Original Hostar di Twitter (@DisneyPlusMY) , Instagram (@DisneyPlusHotStarMY) , Facebook (@DisneyPlusHotStarMY) dan TikTok (@DisneyPlusMY) rasmi mereka.