Laman Utama

Penyanyi, Pencetus Inspirasi Beg Mewah Hermes Birkin, Jane Birkin Meninggal Dunia

gempak
Maliah Surip
17/07/2023
14:24 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi, Pencetus Inspirasi Beg Mewah Hermes Birkin, Jane Birkin Meninggal Dunia
Dunia hiburan dan glamor Perancis sedang berduka menyambut khabar kematian salah seorang pesohor legenda mereka, Jane Birkin.
Birkin yang merupakan seorang penyanyi dan individu yang menjadi pencetus kepada lahirnya beg mewah Hermes Birkin meninggal dunia pada usia 76 di rumahnya.
Punca kematian Birkin pada Ahad bagaimanapun belum diumumkan. Birkin sebelum ini dilaporkan sempat diserang lumpuh dua tahun lalu sebelum membatalkan banyak siri jelajahnya.
Berita kematiannya turut menarik perhatian Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang mencuit di bebenang Twitter dengan menyifatkannya sebagai penyanyi yang mendendangkan kata-kata indah dalam lagunya.
Wanita tersebut bukan sahaja terkenal sebagai penyanyi tetapi juga pelakon dan dilabel ikon fesyen dan sangat sinonim dengan jenawa mewah Hermes.
Birkin dalam salah satu temubual beberapa tahun lalu menceritakan bagaimana Hermes Birkin tercipta.
“Saya dalam penerbangan pada tahun 1984 sebelum plastik beg saya pecah dan semua barang berterabur.
“Waktu itu saya kata ‘ini semua kerana Hermes tidak mereka beg yang boleh memuatkan semua barangan saya’.
“Dan dijadikan cerita, lelaki yang duduk di sebelah saya pada waktu itu adalah Ketua Pereka Hermes, Jean-Louis Dumas (kemudian memegang jawatan Pengarah Eksekutif Hermes),” katanya seperti dilaporkan The New York Times.
Pada tahun yang sama, Hermes melahirkan beg Birkin dalam saiz besar seperti yang diminta selebriti itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024