Hiburan

Penyanyi Veteran Aspalela Abdullah Meninggal Dunia

gempak
Awani
08/12/2024
04:13 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Veteran Aspalela Abdullah Meninggal Dunia
Penyanyi veteran, Aspalela Abdulah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sekitar pukul 10 pagi tadi.

Terjatuh dalam bilik air

Allahyarham yang bakal genap usianya 80 tahun pada 30 Januari depan sebelum itu jatuh dalam bilik air di kediamannya di Taman Melati, ibu negara.
Menurut cucu Allahyarham, Puteri Wan Nur Izzati Azhari berkata, dia dan ahli keluarganya menyedari neneknya terjatuh semasa bangun menunaikan solat Subuh.

“Mungkin nenek terjatuh ketika mahu membersihkan diri untuk menunaikan solat Subuh.

“Sebaik melihat keadaan nenek, kami segera menghubungi ambulans dan membawanya ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

“Namun, doktor memaklumkan nenek meninggal dunia sekitar pukul 10 pagi tadi,” katanya seperti dilapor AWANI.
Nur Izzati berkata, sepengetahuannya, Allahyarham Aspalela tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan yang serius, sebaliknya, neneknya mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol yang terkawal.
Kata Nur Izzati, dari HKL, jenazah neneknya akan dibawa ke Masjid Salahuddin al-Ayubi, Taman Melati, sebelum dijangka dikebumikan selepas solat Asar kelak.
Pernah meraih juara Bintang Radio 1968, Allahyarham Aspalela merupakan penyanyi lagu-lagu Melayu asli yang sangat disegani ramai.
Sepanjang bergelar penyanyi, Allahyarham pernah merakamkan lima buah album.
Allahyarham Aspalela menikahi bintang filem terkenal, Raja Ismail Raja Saat dan melalui pernikahan itu, pasangan tersebut dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Bagaimanapun, anak bongsu Allahyarham Aspalela dan Raja Ismail menghembuskan nafas terakhir beberapa tahun lalu.
Allahyarham Aspalela juga mempunyai tiga orang cucu.
Selepas tidak lagi aktif menyanyi, Allahyarham Aspalela memberi tumpuan pada aktiviti marhaban dan bacaan Yassin bersama-sama Kumpulan Artis Wanita Malaysia (KAWAN).
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024