Mengejutkan fansnya apabila hadir ke pesta perayan ulang tahun ke 50 sang mantan istri, Jennifer Aniston pada 9/2/2019, kini satu sumber mengungkapkan kalo Brad Pitt menyesal karena tidak menguruskan perceraiannya dengan aktris itu sebaik mungkin.
Dikutip dari USWeekly, sumber tersebut turut mengatakan jika bisa diputar masa, aktor itu mau menguruskan perceraian mereka dengan cara yang berbeza.
“Pitt tidak gemar mengenang masa silam. Namun jika bisa, dia mau menguruskan perceraiannya dengan Aniston dengan cara yan berlainan. Cara yang lebih baik dan bermakna.
“Dia juga telah meminta maaf kepada Aniston dan wanita itu memaafkannya,” ujar sumber tersebut.
(Jennifer Aniston dan Brad Pitt pernah hidup bersama sebagai suami istri selama lima tahun)
Hadir ke pesta yang digelar di Sunset Tower Hotel di Los Angeles, Pit bagaimanapun tidak diperlakukan istimewa, sebaliknya Aniston melayan pria yang pernah menjadi belahan jiwanya itu sama seperti tetamu lain termasuk Katy Perry, Reese Witherspoon, Robert Downey Jr., Ellen DeGeneres, Barbra Streisand, Keith Richards, Kate Hudson dan Courteney Cox.
Namun kehadirannya telah mencetuskan spekulasi adakah cinta mereka akan bertaut kembali setelah lebih 10 tahun berpisah.
Pitt, 55, dan Aniston, 50, telah berkahwin selama lima tahun sebelum perkahwinan mereka kandas pada Oktober 2005 yang dipercayai karena aktor itu berselingkuh dengan Angelina Jolie.
Di sebalik kecohnya rumor dan kisah pribadinya, Pitt kini mengerjakan sebuah film dokumenter mengenai sahabat baiknya, vokalis Soundgarden, Chris Cornell yang mati bunuh diri karena depresi pada Mei 2017 silam.
Film itu dikerjakan bersama sutradara Peter Berg dan istri Cornell, Vicky yang menjadi produser.
Sumber: USWeekly
Kredit Foto: E!Online
Oleh: Maliah Surip
Gempak ID
Fri Feb 15 2019
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Aliff Aziz Belikan Bunga, Coklat Bila Tahu Bella Astillah Ada 'Lelaki Lain', Tapi…
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
“Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle
Syafiq Kyle kini semakin matang.
Wanita ‘Bahan’ Aliff Aziz Tak Ada Lesen Memandu Buat Netizen Terhibur - “Aliff Aziz Is Shaking”
Ketiadaan lesen memandu oleh penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya menjadi ‘bahan’ usikan warganet di media sosial. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang wanita membuat hantaran lucu berhubung perkara itu dengan menyatakan persaingannya untuk mendapatkan lesen memandu sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya dapat belajar memandu jadi saya boleh
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.