VIRAL
Penyokong Ludah, Kencing Pemain Bola Sepak Pada Hari Ulang Tahun
Seorang bekas pemain import kelab bola sepak Persija Jakarta, Pedro Henrique Dias de Amorim atau Pedro membuat kenyataan yang mengejutkan.
Menerusi perkongsian di akaun media sosialnya, pemain yang berasal daripada Brazil itu mendakwa pernah mendapat layanan buruk daripada penyokong kelab Persib Bandung.
Pedro mendakwa kejadian tidak diduga itu berlaku pada September tahun lalu tepatnya juga di hari perayaan ulang tahunnya. Lebih membuat dirinya bingung kerana pada hari perlawanan, dia hanya duduk di bangku menjadi pemain simpanan.
“Apa yang mereka lakukan kepada saya pada 23 September 2024 di Stadion Si Jalak Harupat, Soreang, Kabupaten Bandung, Jawa Barat, sangat mengejutkan.
“Perlawanan itu merupakan hari ulang tahun saya. Saat saya mahu ke bilik pemain, selain saya diejek dan diludah, penyokong juga kencingkan saya,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Pedro yang tidak lagi bersama kelab Persija Jakarta sejak 2025 juga melahirkan rasa terkejut terhadap apa yang berlaku.
“Saya tidak faham mengapa penyokong sangat tersinggung. Saya tidak diturunkan bermain pada hari itu dan duduk di bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan,” dakwanya lagi.
BERITA BERKAITAN: [VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam
BERITA BERKAITAN: Muka Dihina Macam Alien, Lelaki Henyak & Ludah Wanita Ini!
BERITA BERKAITAN: Pengemis Biadap, Ludah Cermin Kereta Sebab Pemandu Tak Bagi Duit
BERITA BERKAITAN: [VIDEO]: “Mana Ada Ludah Kena Orang!” - Noh Teruk Dikecam, Ada Yang 'Back Up' Siap Kongsi Bukti Situasi Sebenar
Must-Watch Video