Laman Utama

Perak Ada Hantu Kak Limah! Kelantan Ada Hantu Mok Joh…5 Sebab Wajib Tonton Filem Komedi Seram Terbaharu Ini

gempak
Syafiqah Jalal
17/02/2022
12:37 MYT
Sponsor Banner
Perak Ada Hantu Kak Limah! Kelantan Ada Hantu Mok Joh…5 Sebab Wajib Tonton Filem Komedi Seram Terbaharu Ini
Hantu Kak Limah tidak asing lagi dengan peminat filem tempatan kerana gabungan dua genre iaitu komedi dan seram ditambah pula dengan elemen kenegerian iaitu dialek Perak yang menjadi tarikan.
Membawa konsep dan genre yang sama, Hantu Mok Joh yang mengetengahkan dialek Kelantan ini merupakan sebuah lagi filem yang bakal menarik peminat filem tempatan.
Menariknya Hantu Mok Joh berbanding filem komedi seram lain, ia mengangkat seni tari Mak Yong dan pelbagai kebudayaan Kelantan yang jarang diketengahkan.
Menampilkan pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Fauziah Nawi, Aprena Manrose dan ramai lagi filem ini bakal dipertontonkan di Astro First (saluran 480) mulai 17 Februari, hari ini.
Nak tahu apa yang menarik tentang Hantu Mok Joh? Berikut 5 sebab mengapa anda perlu melanggan!
  1. Komedi Seram
Gabungan genre komedi dan seram selalunya menjadi pilihan penonton kerana ia bersifat santai dan menghiburkan. Jadi Hantu Mok Joh ini pasti akan menjadi pilihan dan kesukaan penonton kerana ia memberi satu lagi hiburan bukan sahaja kosong malah menerapkan unsur budaya dalam negeri Kelantan.
Menariknya tidak hanya memfokuskan elemen seram dan komedi semata-mata, Hantu Mok Jah juga menyelitkan mesej-mesej pengajaran umum yang boleh dijadikan iktibar kepada penonton.
Antaranya, menerusi watak-watak masyarakat komuniti yang mudah percaya pada sesuatu berita tanpa memeriksa kesahihan sumber; warisan seni tradisional yang harus diwarisi oleh generasi muda; sikap skeptikal terhadap seseorang mengikut negeri asalnya; suka melepak serta membuang masa; dan banyak lagi.
  1. Elemen Mak Yong
Tarian Mak Yong merupakan satu seni budaya Kelantan yang menarik dan jarang diketengahkan tetapi dalam Hantu Mok Joh seni tari ini bagai dihidupkan semula lebih-lebih lagi oleh orang muda.
Menariknya pelakon utamanya Amerul Affendi mencabar dirinya untuk mempelajari dan menari Mak Yong dengan penuh penghayatan bersama jari jemarinya yang lembut mengikut alunan muzik.
Malah sedutan klip yang menunjukkan tarian Mak Yong ini turut mendapat perhatian netizen yang akui terpegun dan meremang melihat persembahan itu.
Justeru kehadiran Hantu Mok Joh ini, bukan sahaja dapat menarik penonton di pantai timur sahaja, tetapi seluruh penonton Malaysia, terutamanya pencinta seni.
  1. Gabungan pelakon berbakat hebat
Filem yang menjalani sesi penggambaran di Kota Bharu, Kelantan ini menampilkan pelakon berbakat besar tanah air seperti Amerul Affendi (sebagai Yem), Fauziah Nawi (Mok Joh) dan Aloy Paradoks (Heri) sebagai teraju utama.
Menariknya, Amerul Affendi sekali lagi mempertaruhkan bakatnya dengan membawa watak yang memerlukan bertutur dalam loghat Kelantan dan menjadi penari Mak Yong.
Malah, video klip sudutan dari filem yang memaparkan Amerul Affendi menari Mak Yong telah menerima reaksi positif daripada penonton.
Rata-rata tidak menyangka Amerul seperti tidak kekok menari Mak Yong dan dilihat seperti pelakon serba boleh.
Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut, seperti Aprena Manrose, Kamarool Hj. Yusoff, Amir Raja Lawak, Hushairi Husain, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mek Yun (Wee Yun Nee) wanita Cina tular fasih berbahasa Melayu, Kuna Munzani, Bea Rameshan serta pelakon Kodi Rasheed.
  1. Dialek Kelantan
Menariknya, Hantu Mok Joh sekali lagi filem yang menggunakan dialek Kelantan sepenuhnya. Malah ia membuatkan penonton bakal merasakan mereka seperti dibawa berada ke negeri itu.
Seperti yang semua maklum filem mahupun drama yang mengetengahkan dialek Kelantan dilihat sering berjaya menarik perhatian penonton Malaysia iaitu seperti filem nombor satu terlaris Di Astro First, ‘Mael Totey The Movie’, telefilem yang pernah tular tahun 2018, ‘Pok Ya Cong Codei’, filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25, ‘Bunohan’ dan banyak lagi.
Tidak mustahil jika Hantu Mok Joh juga pasti akan mendapat perhatian dan menarik minat ramai yang hendak menonton
  1. Budaya Kelantan –
Kelainan Hantu Mok Joh berbanding filem seram komedi yang lain adalah ia diwarnai dengan unsur seni tradisional seperti Mak Yong, dikir barat, patung wayang kulit, dan ini sekali gus membuktikan seni warisan boleh dimartabatkan menerusi filem moden dengan gaya kreatif.
Naskah ini dilihat mampu memperkasakan lagi filem-filem yang menonjolkan budaya lokal, di samping dapat menghiburkan penonton.
Ia cuba menampilkan kelainan dengan menggabungkan elemen seni moden dan tradisional. Tambah menarik, dialog filem ini mengangkat budaya Kelantan dan memaparkan kisah kehidupan masyarakat setempat yang amat dekat dengan kita.
Hantu Mok Joh bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 17 Februari ini. Filem ini merupakan terbitan produksi Kentang Hijau Universal Production dan diarahkan oleh Asri Baq’U.
Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. Penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.
Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 17 Februari 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live