Selepas tular harga stroller milik Instafamous Cik Epal berharga RM3,000, netizen mula membongkar satu-persatu harga stroller yang dimiliki individu popular di Malaysia.

Ootd bersama stroller RM3k viral. #doneriak #doneshowoff #donementionharga #donedikecamnetizen ? . Yang benar, Epaliah gonjeng yang suka buat bawang rangers ada job tidak berbayar iaitu membawang ?

A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06) on


Salah satunya milik pengacara dan pelawak terkenal Jihan Muse yang difahamkan memiliki stroller bernilai RM12,000.

Ya! Percaya atau tidak harga stroller jenis Cybex Priam Travel System - Wings by Jeremy Scott yang dimiliki Jihan itu bernilai RM12,586 di pasaran semasa.

Malah, carian netizen itu sekali gus menutup cerita Cik Epal yang tular pada mulanya.

Menurut suami Cik Epal, Jofliam, stroller model BabyZen YoYo 6+ itu dijual pada harga RM3,200 sebelum diskaun.

Dalam pendedahan terbaharu, pasangan itu memaklumkan mereka memiliki sebuah stroller lain yang dibeli sejak empat tahun lalu bernilai RM6,000.

Masalah nya dia yang beli tapi aku yang kena kecam. Harey sungguh ?

A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06) on


Oleh kerana kurang praktikal disebabkan saiz dan berat, mereka memilih untuk membeli stroller yang baru seperti yang ditularkan netizen di media sosial.

Pendedahan netizen mengenai perbandingan harga stroller milik kedua-dua individu terbabit di Twitter itu mengejutkan ramai hingga ada yang mempertikaikan keperluan masing-masing membeli barangan mahal sedemikian.

Namun, tidak menjadi satu kesalahan juga seandainya mana-mana individu yang berkemampuan untuk memiliki barangan yang bercitarasa tinggi seperti stroller buat anak tersayang.

"Korang kena faham. Jihan Muse beli stroller harga 12k mungkin based on 3-4 months deep research.

"Si papa Han beli stroller 3k splash cash. Immediate purchase. Tak sama gais!"
jelas salah seorang pengguna, @khaihiruma_.