Penyanyi Nubhan berkongsi pengalaman dan perasaan menunggu kelahiran anak keduanya yang dijangka pada pertengahan bulan hadapan.

Isterinya, Afidah Hidayah kini sarat hamil lapan bulan.

Menurut Nubhan, dia mengalami perasaan yang sama seperti yang dialami ketika menanti kelahiran anak pertamanya, Aafiya Kamilia.

"Perasaan menunggu kelahiran anak kedua ini sama seperti yang pertama dahulu, gembira dan bersyukur, cuma ketika kehamilan pertama, banyak perkara yang kami perlu belajar kerana tidak mempunyai pengalaman.

"Kali ini, saya sudah berpengalaman dan tahu cara penjagaan isteri yang sedang hamil, Afidah pun sihat saja, tidak mengalami masalah dari segi kesihatan dan sebagainya.

"Boleh saya katakan, memang tiada perkara serius atau cabaran sepanjang kehamilan kedua isteri saya ini," kata Nubhan ketika dihubungi Gempak.

Verry soon...second nubhan’s junior ll enter the world! @little_aafiya kena jaga adik lepas ni ?❤️❤️❤️

A post shared by NEW “SELAMAT JLN, CINTA” (@nubhan.ahamad) on


Nubhan dan isterinya, Afifah Hidayah Taufek telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aafiya Kamilia yang kini berusia setahun.