Laman Utama

Percaya Dakyah Minum Peluntur? Hati Akan Rosak, Serangan Jantung & Paling Teruk Adalah…

gempak
Hanafis Haris
07/06/2021
16:50 MYT
Sponsor Banner
Percaya Dakyah Minum Peluntur? Hati Akan Rosak, Serangan Jantung & Paling Teruk Adalah…

Kecoh sebelum ini di media sosial apabila ada seorang individu tergamak meminum cecair peluntur.

Tindakan tersebut dibuat untuk membuktikan cecair tersebut mampu membunuh Covid-19.

Video tersebut kemudian mencetuskan kebimbangan kerana dikhuatiri membahayakan pemikiran, khususnya warga emas.

BACA: Tergamak Minum Peluntur Bunuh Covid-19, Netizen Minta Pihak Berkuasa Siasat! “Teori Merepek Ramai Pula Percaya, Eh Geramnya!”

Namun, tahukah peluntur ini sebenarnya boleh membawa maut?

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, meminum peluntur boleh melukakan saluran esofagus dan tekak.

Ini kerana bahan tersebut bersifat menghakis.

“Malah ianya boleh membunuh. Antara kesan lain adalah muntah, masalah pernafasan, masalah kulit, tekanan darah rendah, kehilangan darah (anaemia), kerosakan hati, masalah jantung dan pelbagai lagi masalah,” kata pengendali akaun tersebut.

Menurut laman itu lagi, tidak dinafikan jika menggunakan peluntur yang dititikkan atas permukaan, virus akan mati.

“Namun penggunaannya kekal di atas permukaan objek dan tidak boleh diminum sama sekali kerana ianya adalah racun,” katanya.

Apapun, jangan mudah mempercaya mana-mana dakyah palsu, sebaliknya rujuk pada yang pakar.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live