Umum mengetahui hubungan baik pelakon Sharnaaz Ahmad dengan bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila disebabkan anak mereka, Jebat Jayden.

BERITA TRENDING: "Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Apa Kami Ada Selama Ini, Saya Terima Saja" - Amelia Christie

Menerusi video di Instagram Hlive, Sharnaaz berpesan kepada mana-mana wanita yang ingin berkawan dengannya termasuklah aktres Amelia Christie tidak boleh mempunyai perasaan cemburu terhadap Nabila.

“Benda ini saya dah pernah cakap dekat sesiapa pun yang ingin berkawan dengan saya bahawa manusia yang mereka tidak boleh cemburu adalah Nabila.

“Itu adalah perkara pertama yang saya akan pesan. Kepada Amelia dan mana-mana girlfriend saya yang sebelum ini pun, itulah pesanan saya kepada mereka.

“Perempuan lain kalau diorang nak marah boleh, ikan di laut sekali pun boleh tetapi kalau Nabila mereka tak boleh marah,” kata Sharnaaz menerusi temu bual bersama Hlive.

Bagi Sharnaaz, biarpun mereka sudah berpisah namun Nabila tetap ibu kepada anak mereka malah mereka sememangnya kerap berjumpa serta berhubung antara satu sama lain.

“Sebab dia adalah ibu kepada anak saya. Jadi, kalau saya selalu berjumpa, bercakap atau bermesej sekalipun dengan Nabila, tak boleh cemburu.

“Kalau cemburu dan kalau tak percaya boleh mesej dia sendiri, saya okay ‘no problem’. Kalau mereka cemburu saya dengan Nabila, bermaksud mereka ada masalah saya menguruskan anak saya.

“Setakat ini, Alhamdulillah tak ada lagi yang berani bagitahu saya yang mereka cemburu,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun sayang jodoh mereka tidak berpanjangan dan bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.