Aksi aktor Zul Ariffin yang menahan kesakitan selepas ditendang di bahagian kelangkang oleh seorang pelakon lelaki telah membuatkan ramai yang bimbang.
Aksi tersebut merupakan bloopers dari salah satu babak dalam filem aksi terbaharu, Sangkar.
Ia telah dikongsi sendiri oleh Zul menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Zul dia perlu bertahan walaupun ketika itu sedang menahan kesakitan.
Zul turut berseloroh kecederaan itu boleh membahayakan masa depannya.
“Fighter kena steady..walaupun tengah sakit sebenarnya, especially bila berkenaan kecederaan yang boleh membahayakan masa depan!
“Nah kita belanja bloopers sikit untuk korang semua.. SANGKAR! Bukan Sekadar Pertarungan.. BOOM!! SANGKAR DI PAWAGAM 29 OGOS INI!,” tulisnya.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah aksi aktor itu memegang bahagian kelangkangnya yang terkena tendangan tersebut sambil disambut dengan tawa kru produksi.
Rata-rata pengikutnya terutama wanita turut berseloroh bimbang akan masa depan mereka.
“Pergh, mesti senak bro!” komen peminatnya yang bimbang.
“Sayang, careful, kita belum lagi bagi mak you cucu,” komen peminat wanitanya.
“Hati-hati bro, payah nak cari ‘spare part’ nanti,” peminatnya berseloroh.
Selain Zul, Sangkar yang bakal berada di pawagam seluruh Malaysia 29 Ogos ini turut dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Ray dan ramai lagi.