Laman Utama

Perhatian Peminat! Kafe Stranger Things Ada Di Jepun

gempak
Maliah Surip
17/08/2022
12:55 MYT
Sponsor Banner
Perhatian Peminat! Kafe Stranger Things Ada Di Jepun
Kegilaan peminat terhadap drama dengan genre sains fiksyen yang cukup hit dari Netflix telah mendorong pengusaha di Jepun menubuhkan kafe Stranger Things.
Kafe dengan nuansa retro dan 80an itu diinspirasikan dari drama seram tersebut setelah Stranger Things yang cukup popular di seluruh dunia menjadi salah satu daripada 10 filem paling banyak ditonton di Jepun.
Menjalin kerjasama dengan restoran lokal Pronto Corp, kafe Stranger Things terletak di lokasi strategik iaitu Syibuya, Tokyo selepas mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat siri tersebut setelah musim keempat diterbitkan pada Mei lalu.
Dekorasi dalamannya dihias dengan nuasa fiksi bandar dari Amerika Syarikat, Hawkins, Indiana bersama ‘cermin hitam’ yang dipanggil Upside Down.
Menu makanan yang disediakan juga diinspirasikan dari drama tersebut seperti pasta sotong gurita, lapor CNN.
Malah sejak dibuka, kafe tersebut mendapat sambutan hangat sehingga tetamu perlu membuat tempahan meja berhari hari untuk memastikan bukan sahaja dapat menikmati makanan, tetapi bergambar dengan suasana yang sangat mirip dalam Stranger Things di naskhah sebenar.
Kredit Foto: CNN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live