Pemain badminton muda negara, M.Thinaah memohon maaf selepas skuad Malaysia menamatkan kempen Piala Uber dengan kekalahan yang tidak diduga.

Skuad negara juga telah menamatkan saingan di tempat tercorot Kumpulan D dan tewas5-0 kepada China dalam aksi kedua peringkat kumpulan hujung minggu lalu.

Thinaah menerusi hantaran di Instagram (IG)nya telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun Thinaah berjanji skuad kebangsaan akan kembali dengan semangat dan kekuatan pada perlawan lain kelak.

“Piala Uber telah pun tamat buat team Malaysia. Kami memohon maaf kerana tidak dapat ke peringkat suku akhir dan akan belajar daripada kesilapan serta kembali dengan lebih kuat pada masa akan dantang.

“Saya berasa bangga berada dalam pasukan ini yang sentiasa bersemangat dan tidak pernah berputus asa. Banyak perkara yang kami belajar sehingga ke hari ini dan berharap agar dapat memperbaiki kelemahan diri hari ke hari.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak jemu-jemu menyokong kami dari hari pertama sehingga kini.

“Walaupun perbezaan masa yang jauh, anda tetap teguh, sanggup bersengkang mata semata-mata untuk memberikan sokongan, minta maaf kerana menghampakan anda semua,” katanya.

Dalam pada itu Thinaah turut berterima kasih kepada jurulatih dan Institut Sukan Negara (ISN) yang sentiasa menjadi tulang belakang pasukan badminton negara.

Thinaah turut mendoakan pasangan regunya Pearly Tan supaya cepat sembuh dan dapat kembali semula ke gelanggang bersama.

Dalam perlawanan Piala Uber lalu, Thinaah berpasangan dengan Go Pei Kee selepas Pearly mengalami kecederaan bahu.

“Last but not least to my partner @__pearlytan , even though you weren’t beside me on court but I’ve felt your presence supporting me in every game i played, i know you must be upset as you weren’t able to play this Uber Cup but i really wish you a speedy recovery and there are many tournaments ahead!

“Think positive and we will get through this together cha! Now let’s support Team Malaysia in Thomas Cup!,” kata Thinaah positif.

Jangan lupa untuk menonton filem Olympic Dream jika anda mahu merasai jerih-perih pemain badminton berjuang untuk negara.

Apa yang cuba dipaparkan menerusi filem ini, tidak ubah seperti ‘dunia sebenar’ pemain badminton kita yang sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi demi mengharumkan nama negara.

Tidak pernah mengenal erti jemu dan putus asa, skuad badminton negara berjuang habis-habisan sehingga titisan keringat terakhir demi Malaysia!

Rasai sendiri semangat membara tersebut menerusi Olympic Dream di pawagam di rumah anda, Astro First, saluran 480.