Skip to main content

Berita Tempatan

"Perkahwinan Aku Sebenarnya Dipaksa Abah" - Ozlynn Kongsi Kisah Bersama Johan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

ozlynn_3.jpg
Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mengakui bersyukur apabila dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn menjelaskan perkahwinannya bersama Johan akibat dipaksa oleh abahnya dan bersyukur apabila keputusan yang dilakukan itu adalah tepat.

"Birthday nyawa hari ini. Nak minta tolong semua doakan kesejahteraan, kesihatan yang baik buat suami saya. Seorang yang tak banyak cakap sebenarnya, suka buat kecoh untuk hiburkan orang.

"Sentiasa bersangka baik. Seorang yang positif. Suka tolong orang walaupun orang tu dah tipu dia banyak kali. Untuk dia, nak merubah sesuatu yang lazim agak sukar, perlukan masa, pengorbanan dan kesabaran.

"Memang lain pemikiran dia dengan aku sebenarnya. Banyak aku belajar dari dia. Perkahwinan aku sebenarnya dipaksa abah. Ya Allah bersyukur sangat sebab dengar cakap abah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Besday nyawa arini.. nak minta tlg semua doakan kesejahteraan , kesihatan yg baik buat suami sya.. Seorang yg x banyak ckp sebenarnya.. suka buat kecoh utk hiburkan org.. sentiasa bersangka baik.. seorg yg positif.. suka tlg org walaupon org tu dh tipu dia byk kali.. utk dia.. nak merubah sesuatu yg lazim agak sukar, perlukan masa, pengorbanan dan kesabaran.. mmg lain pemikiran dia dgn aku sbnrnya.. byk aku belajar dr dia.. kawin aku sbnrnya di paksa abah.. ya allah bersyukur sgt sb dgr ckp abah.. kalau x kehilangan harta akhirat yg besar dlm hidup aku.. PAPA, xde apa mama nak mintak dah semua papa dh bagi.. dan semua kita belajar sama2 dari bawah.. harta paling besar anak2 kita.. selebihnya bonus dari NYA.. bersyukur sgt.. setiap hari kita belajar.. semoga sampai ke syurga kita sama2 dgn anak2.. ? mekasih mak abah n adik badik yg dtg.. syg korg sgt2..

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on


"Kalau tak kehilangan harta akhirat yang besar dalam hidup aku. Papa, tak ada apa mama nak mintak dah semua papa dah bagi dan semua kita belajar sama-sama dari bawah.

"Harta paling besar anak-anak kita. Selebihnya bonus dari-NYA. Bersyukur sangat setiap hari kita belajar. Semoga sampai ke syurga kita sama-sama dengan anak-anak," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan serta kesihatan mereka.

Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement