Saksikan insan-insan hebat yang telah membuktikan bahawa hilang upaya yang dialami tidak menghalang mereka untuk terus kembali bangkit dan bekerja semula dalam program TV 13 episod bertajuk Luar Biasa.

Luar Biasa dibawakan khas oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang memaparkan bagaimana pencarum yang kurang bernasib baik untuk bangkit dan berdikari semula serta menjadi insan Luar Biasa.

Menerusi rancangan bual bicara ini, para penonton dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan inisiatif baharu dan perkhidmatan perlindungan keselamatan sosial yang disediakan oleh pihak PERKESO yang menyambut sambutan Jubli Emas PERKESO yang ke-50 tahun pada tahun 2021 ini dengan tema Prihatin 5 Dekad dan Selamanya.



Menariknya, program ini dilaksanakan adalah sebagai usaha PERKESO untuk mendekati golongan pekerja, majikan dan masyarakat di samping berkongsi kisah-kisah kejayaan pekerja yang telah dibantu oleh PERKESO menerusi Program Return To Work serta perkhidmatan lain yang disediakan iaitu selari tagline, PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO.

Luar Biasa menyaksikan program TV yang memaparkan kombinasi pengisian secara rakaman video kisah peserta Program Return To Work, perbincangan berkaitan topik perlindungan keselamatan sosial bersama para tetamu jemputan khas dan sketsa menarik berkaitan topik yang diketengahkan.



Jadi, menerusi Luar Biasa ini semua golongan pekerja, majikan dan masyarakat di luar sana dapat mengetahui dengan lebih jelas berkenaan faedah dan perkhidmatan yang ditawarkan terutamanya di bawah Program Return To Work.

PERKESO sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan dan pengurusan hilang upaya yang komprehensif dengan harapan agar seseorang individu itu tidak kira sama ada beliau seorang anak, suami, isteri, ibu, bapa atau pekerja untuk berdikari dan produktif kepada keluarga, majikan dan masyarakat.


Luar Biasa ini dikendalikan oleh dua orang pengacara hebat dan terkenal iaitu Norman Hakim dan Shiha Zikir. Istimewanya, lagu tema yang digunakan untuk program rancangan siri realiti terbaru terbitan bersama PERKESO ini berjudul Luar Biasa telah dinyanyikan oleh penyanyi yang bakat luar biasa iaitu Azmi Saat.



Luar Biasa merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Archie Syukri bersama Valient Music dan Celebrate TV didedikasi khas untuk orang berinsuran (OB), pengurus kes RTW serta warga PERKESO.

Jadi jangan lupa saksikan Luar Biasa yang akan bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Prima mulai 4 Jun 2021.

“PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO”