Kalau sudah namanya alam maya, pasti pelbagai ragam dapat disaksikan, terutama jika seseorang itu mempunyai ramai pengikut di laman sosial.

Hal itu yang terjadi kepada pengsohor dan penyanyi Iqbal Zulkefli baru-baru. Menerusi Instagram Story, Iqbal memuat naik status berupa pelekat pertanyaan, yang membolehkan para pengikutnya untuk menjawab soalan yang diberikan.

Namun, lain pula dengan satu kenyataan ‘berani mati’ yang diterima Iqbal daripada salah seorang pengikutnya.

Menerusi pelekat itu, pengikut Iqbal berkata: “Iqbal, I mahu pregnant benih you please.”



Tentulah, kenyataan tersebut telah menjentik Iqbal untuk menjawab dan berkongsi respons dengan khalayak umum.

“Tidak boleh begini. Benih, keturunan ini kita tidak boleh bagi sebarangan. Jika terjadi, saya perlu bertanggungjawab mendidik, membesarkan serta menjadikan ia generasi yang berguna.

“Untuk berkahwin, rasanya saya akan ambil masa yang lama untuk mendapatkan orang yang sesuai. Bukan mencari yang sempurna, tetapi yang boleh terima kekurangan saya, yang boleh ada di saat saya susah sepertimana saya sanggup berkorban untuk dia,” katanya.

Terdahulu, Iqbal menerusi medium yang sama memberitahu yang doktor menasihatinya untuk berkahwin dengan segera kerana dirinya terlalu subur.

Ujar Iqbal, doktor memintanya untuk berkahwin kerana bimbang dirinya mengalami tekanan. Namun, dia berserah sahaja kepada kuasa Allah SWT.

BACA: Kerana Terlalu Subur, Doktor Selalu Sarankan Iqbal Untuk Kahwin Cepat - “Doktor Risau Saya Menjadi Stres”

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!