Tahun baru kali ini dimulakan dengan perkahwinan selebriti antaranya penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwani.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 25 selamat bergelar suami kepada Sheryl Shazwanie hari ini.

Pasangan selebriti ini selamat dinikahkan di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, Selangor.

Malah Azzam juga turut membuat tanda pagar khas untuk majlis perkahwinan mereka iaitu #AzzamtahunbaruSheryl.

Azzam juga tidak ketinggalan berkongsi momen manis itu bersama peminat menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

Majlis resepsi di bahagian sebelah pengantin perempuan berlangsung di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz hari ini.

Menerusi ruangan komen, rakan artis juga turut mengucapkan tahniah kepada mempelai.

Antaranya Shiha Zikir, Usop, Farisha Iris dan Fareez Fauzi

Terdahulu, Azzam dan Sheryl melangsungkan pertunangan mereka pada 30 September lalu.

Majlis itu awalnya dirancang berlangsung pada Mei, namun ditunda kerana kekangan COVID-19.