Laman Utama

Pernah Benci Ibunya Curang, Hubungan Krisdayanti & Aurel Hermansyah Kembali Baik

gempak
Maliah Surip
16/08/2021
11:50 MYT
Sponsor Banner
Pernah Benci Ibunya Curang, Hubungan Krisdayanti & Aurel Hermansyah Kembali Baik
Hubungan antara Diva Indonesia Krisdayanti dengan anak perempuannya, Aurel Hermansyah memang sempat dingin selepas penyanyi, pelakon dan politikus tersebut bercerai dengan bapanya, Anang Hermansyah.
Apa lagi saat itu Krisdayanti atau KD bercerai kerana curang sebelum menikah dengan kekasih gelapnya, Raul Lemos pada tahun 2011.
Sejak itu, Aurel dan adik lelakinya dingin dengan KD. Mereka malah memilih tinggal bersama Anang dan ibu tiri, penyanyi Ashanty. Hubungan kedua beradik itu dengan KD tidak akrab dan hal itu ditunjukkan oleh mereka biar tidak pernah berbicara secara serius kepada umum.
Namun kini, semuanya seperti sudah berubah. Aurel yang kini berusia 23 tahun dilihat sudah lebih terbuka dan menerima takdir selain berbaik dengan KD, 46 tahun. Mereka juga sempat berkolaborasi untuk projek khas mengenai Indonesia.
Seperti perumpaan air dicincang tidak akan putus, hubungan ibu dan anak itu kelihatan kembali akrab dan baik terutama selepas Aurel mengalami keguguran belum lama ini.
Selain KD dilihat kerap menemani anak sulungnya itu, mereka kini sudah mula bekerjasama. Antara yang paling menarik perhatian netizen adalah potret yang dirakamkan mereka bersama. Wajah Aurel dikatakan saling tak tumpah dengan wanita yang telah melahirkannya itu.
"Banyak foto kami diambil dan kelihatan mirip. Iya, ini kan ibu dan anak. Pastilah mirip," kata KD kepada media Indonesia pada Ahad.
Saat ditanya mengenai kembali 'bertautnya kasih' dia dan Aurel, KD mengatakan jika situasi sekarang tak ubah seperti babak baharu dalam kehidupan mereka.
"Menurut saya kasih ibu itu sepanjang masa. Ini seperti babak baharu sana dan Aurel. Dia mahu saya dekat dengannya saat selepas bergelar seorang isteri," kata KD.
Pelantun lagu Menghitung Hari itu juga menegaskan hubungan kasih sayang yang kembali terjalin antaranya dengan Aurel selepas pernah rengang bertahun lamanya adalah rahmat dari Tuhan.
"Saya tahu ramai yang sedar kenapa sekarang baru hubungan kami menjadi baik. Ini kerja Tuhan. Dia (Allah SWT)dan keadaan akhirnya membuat hubungan kami baik semula," ujar KD mengenai hubungannya dengan isteri Atta Halilintar itu.
Malah KD juga berharap agar hubungan dengan anak lelakinya, Azriel Hermansyah juga akan pulih seperti keintimannya semula dengan Aurel.
"Saya rasa kedekatan saya dan anak-anak ini adalah babak baharu selepas fasa Aurel menikah. Semoga hubungan saya dengan Azriel juga akan baik dan saya boleh selalu berbicara dengannya," kata KD.
Instagram: @aurel.hermansyah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live