Skip to main content

Berita Tempatan

"Pernah Berhenti Menyanyi Sebab Mak Saya Tak Bagi, Tapi..." - Amir Hasan

amirhasanbefunky-collage.jpg
Penyanyi yang baru menjinakkan diri dalam industri muzik, Amir Hasan, 23 pernah berputus asa untuk menyanyi kerana tidak mendapat sokongan dari ibunya sebelum ini.

Menurut Amir, pada mulanya, ibunya tidak menyokongnya untuk menjadi penyanyi kerana kurang yakin dengan hala tujunya dalam industri.

"Saya pernah berhenti menyanyi sebab ibu saya tak bagi saya menyanyi, tapi perkara itu tidak memadamkan minat saya dalam bidang nyanyian.

"Tidak lama selepas itu, saya menyanyi semula dan memuat naik lagu cover saya di YouTube.

"Selepas saya menyanyikan lagu Akad dari Payung Teduh, saya dilamar oleh pihak Warner Music dan saya memberitahu ibu saya bahawa nyanyian adalah perkara yang saya mahukan, sekarang dia sudah menerima keputusan saya dan sentiasa menyokong perjalanan karier saya," katanya kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Amir telah tampil dengan single terbaru yang berjudul Gadis Yang Ku Tunggu (GYKT).

Lagu ini dicipta oleh penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan bersama Mel Ramlan dan berkisarkan tentang seorang gadis yang bakal menjadi jodoh tetapi masih tidak tahu siapakah gerangan orangnya.

GYKT boleh didapati di semua pelantar digital dan video muzik rasminya juga telah mula ditayangkan di YouTube.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video