,
Laman Utama

“Pernah Cita-Cita Nak Jadi Penyanyi” - Yah Kuchei Teruja Bawa Lagu Uji Rashid Dalam Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

Azwa Rahman
04/06/2021
05:38 MYT
Pelakon filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Afea Deanna atau lebih dikenali sebagai Yah Kuchei teruja apabila diberikan babak nyanyian untuk dipersembahkan di dalam filem arahan Mamat Khalid tersebut.
Menurut Afea atau nama sebenarnya Afea Deanna Baharudean, walaupun teruja, sebenarnya dia gementar untuk membawakan lagu seorang penyanyi lagenda Uji Rashid yang berjudul Doa Di Hari Mulia.
“Pertama kali dapat tahu saya kena menyanyikan dalam filem ni, saya happy dan excited sebab finally saya dapat tonjolkan bakat menyanyi saya, hehe.
“Tapi bila saya tahu kena bawa lagu Uji Rashid, saya terkejut dan risau takut tak capai standard dan sesedap Uji sebab dia legend. Saya pulak tak pernah masuk mana-mana kelas vokal ataupun masuk pertandingan nyanyian, so saya nervous masa mula nak nyanyi,” ujar Afea kepada Gempak.
Tambah penuntut UPSI berusia 21 tahun itu lagi, dia semenangnya suka menyanyi dan mendapat peluang berlakon dalam filem muzikal di bawah arahan Mamat Khalid cukup membuatkan dia berterima kasih.
“Dari kecil lagi, ibu memang suka ajak saya menyanyi karaoke di rumah. Dan sebab itu juga saya kaki menyanyi.
“Saya dulu pernah ada cita-cita nak jadi penyanyi tapi tak berhasil sebab saya takde keyakinan diri,” katanya lagi.
Filem Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.
Istimewanya lagi, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.
Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.
Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Orang Perak Kalau Sembang Sebijik Macam Dalam Kampong Pisang Musikal Ni” - Netizen Kongsi Keramahan Masyarakat Perak

gempak
14/06/2021
08:46 MYT
Dapat pulak gulai tempoyak, sedapnya!
Laman Utama

“Suka Dapat Hiburkan Penonton” - Ahmad Yasin Bersyukur Terima Komen Positif Peminat Kampong Pisang

gempak
11/06/2021
06:38 MYT
Suara Yasin sedap!
Laman Utama

“Memang Wujud In Real Life” - Pelbagai Peel, Watak-Watak Dalam Kampong Pisang Musikal Umpama Realiti!

gempak
10/06/2021
06:12 MYT
Orang kampung yang fun!
Terkini

Bukan Neelofa! Kenali Siapa Wanita Berpurdah Dalam Filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa

gempak
09/06/2021
12:45 MYT
Lawanya! Patut Barkoba tak boleh move on.
Laman Utama

Netizen Suka Watak Yah Kuchei Lebih Banyak Dialog - “Scene Yah Pun Banyak, Puas Dengar”

gempak
08/06/2021
06:36 MYT
Ramai penonton yang minta watak Yah dipanjangkan.