Laman Utama
Pernah Pakai Brabus, BMW, Sajat Ingatkan Netizen Dia Pernah Miliki Banyak Aset Ketika Berniaga Di Malaysia
Semalam, usahawan kontroversi memuat naik status yang memberitahu tentang kejayaannya membeli rumah di Sydney, Australia.
Menurut Sajat, rumah dianggar berharga RM1.5 juta tersebut dibeli hanya selepas dia menjalankan perniagaan selama enam bulan di sana.
Justeru, menerusi perkongsian terbaharu, Sajat yang kini berada di Australia mengimbau kembali pencapaiannya sebelum ini ketika bergelar usahawan di Malaysia.
Ujar Sajat, ketika berkarier di tanah air, dia berjaya memiliki beberapa buah aset termasuk kereta mewah dan juga sebuah wisma.
“Anda mungkin lupa yang saya dulu ada employee hebat semasa saya di Malaysia! Background saya adalah businesswoman! Saya tahu macam mana nak growth kan asset dan duit dalam masa enam bulan, setahun, atau dua tahun.
“Sebab itu saya ada beli empat biji kereta (Brabus 730, BMW X2, BMW X1 dan Vellfire Toyota, mempunyai kedai emas, wisma dua tingkat, tiga buah beautician dan dua kedai emas. Itu semua saya buka semasa saya di malaysia!” tulisnya.
Sajat menjelaskan yang setiap pencapaiannya itu kini tinggal kenangan dan dia perlu bermula dari bawah.
“Tapi sayang… semua jadi kenangan. Sekarang saya bermula daripada awal. Start from zero to heroine,” tulisnya.
Rentetan daripada luahan hatinya itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat dan respons positif terhadap Sajat.
“Yang suka menghina tu cuba tengok kejayaan dia. Fokus pada kejayaan dia. Barulah seiring dengan otak. Bukan duk mengecam saja.”
“Bakat kamu takkan sia-sia. Tidak kira di mana kamu berada. Kamu boleh bina empayar kamu selama mana yang kamu mahu.”
“Yes, you go Sajat. Ingat kita susah tak ada siapa nak tolong, melainkan diri sendiri.”
Must-Watch Video