Penyanyi Irfan Haris merasa hairan dengan sikap segelintir juri pertandingan nyanyian yang tidak berfikir panjang sebelum memberi kritikan kepada peserta sehingga menjatuhkan air muka mereka.

Kata Irfan, sebagai seorang juri seharusnya menegur kesalahan peserta dengan baik agar dapat diperbaiki dan bukan sebaliknya.

Malah dia turut mempersoalkan tindakan juri yang tidak memikirkan usaha keras yang diletakkan oleh peserta di dalam persembahan.

“Pesan saya sebagai seorang yang pernah jadi peserta kepada semua juri, tegurlah peserta dengan baik untuk kebaikan tapi bukan untuk memalukan atau menjatuhkan maruah dia.

“Sejujurnya saya tak faham dengan juri yang suka mengaibkan peserta dalam kaca TV, sebelum dia kritik, dia fikir tak berapa banyak effort yang peserta buat dan letak dalam persembahan?,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pesan itu turut mendedahkan bahawa dia pernah berdepan situasi diaibkan juri ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian suatu ketika dulu.

Katanya, peristiwa tersebut telah menjejaskan kesihatan mentalnya selain nekad untuk tidak lagi menyertai mana mana pertandingan nyanyian kelak.

“Saya juga nak bagi tahu disebabkan perkara yang sama saya terima sewaktu masuk dalam sebuah pertandingan dulu, membuatkan kesihatan mental saya menjadi down!

“Dan sekarang, saya tidak akan masuk mana-mana lagi pertandingan nyanyian. Ever!

“Saya juga nak berterima kasih kepada Mr Aubrey kerana bercakap bagi pihak kami dan budaya mengaibkan peserta harus dihentikan,” tambahnya.

Terdahulu, kecoh apabila penyanyi Sissy Iman dan Naik Daniel yang menyertai sebuah realiti televisyen dikritik secara kasar oleh juri tetap usai mereka melakukan persembahan menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Husaini yang diubah kepada muzik keroncong.

BACA: “Maafkan Saya Semua” - Sissy Iman

BACA: Masih Sentap! Sissy Iman Tak Jadi Lancar Album, Tukar Jadi Derma - “Rasa Tak Boleh Tengok, 10 Tahun Merangkak…”

BACA: “Hentikan Budaya On-Air Humiliation! Kalau Nak Marah Pergi Ke…” - Aubrey Suwito

BACA: “Tiada Emak Marah Tanpa Sebab…” - Mas Idayu Nafi Buat Serangan Peribadi Terhadap Sissy Iman

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.